Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah beri izin guna rizab bantu rakyat, peniaga

Apr 09, 2020 | 03:49 PM



PRESIDEN Halimah Yacob bersetuju dengan Rang Undang-Undang Bekalan Tambahan yang disemak pada Khamis (9 April), secara rasmi meluluskan Belanjawan Berdaya Tahan dan Belanjawan Kesepakatan.


Dalam satu catatan di Facebook, Puan Halimah berkata, pandemik Covid-19 yang semakin meningkat telah memerlukan langkah jarak selamat yang tidak pernah berlaku sebelum ini di seluruh dunia, dan ini sangat menjejaskan ekonomi, masyarakat dan mata pencarian.


"Adalah penting bagi kita untuk mengurangkan kesan ini untuk warga Singapura, dan membantu semua orang mengharungi masa yang mencabar ini," tulisnya.


Menurut Puan Halimah, langkah sokongan pemerintah sebanyak $59.9 bilion, termasuk sehingga $21 bilion yang diambil daripada rizab lalu.


Beliau berkata pemerintah dapat melakukan demikian disebabkan oleh rizab besar yang dikumpul selama ini, hasil perbelanjaan cermat dan menabung di masa lalu.


"Dengan persetujuan saya kepada Rang Undang-Undang hari ini, kita kini bersedia untuk melaksanakan langkah-langkah sokongan itu.


"Kita harus berbuat demikian dengan cepat. Keadaan ini masih berubah-ubah, jadi adalah penting kita melaksanakan langkah-langkah itu dengan baik, namun kekal responsif terhadap keperluan yang berubah-ubah di lapangan," tulisnya.


Beliau menambah, beberapa minggu akan datang adalah kritikal dalam perjuangan Singapura melawan Covid-19.


Beliau berpesan agar orang ramai mematuhi langkah jarak selamat, walaupun ia mungkin menyusahkan dalam jangka masa pendek.


"Duduk di rumah untuk kekal selamat! Jika kita berdiri bersatu sebagai sebuah negara, saya yakin kita akan dapat mengatasi cabaran ini bersama-sama dan muncul lebih kuat sebagai satu bangsa," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >