Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah beri persetujuan sokongan tambahan Covid-19 $2b

Aug 20, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob telah memberi persetujuannya bagi membiayai sokongan tambahan berjumlah lebih $2 bilion untuk mengurangkan kesan Covid-19 ke atas warga Singapura dan perniagaan.



Beliau memberi persetujuannya kepada Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Tahun Kewangan 2021 semalam, satu langkah yang secara rasmi membenarkan dan membiayai langkah bantuan yang diumumkan pemerintah Julai lalu.



"Penyakit ini masih menyebabkan kucar-kacir di banyak negara di serata dunia. Malah, negara yang mula memvaksin rakyatnya awal dan, untuk sementara waktu, dapat mengekang penyebaran jangkitan, sekarang menyaksikan kebangkitan (kes)," tulis Presiden Halimah dalam satu pos di Facebook.



"Banyak pemerintah juga sedang melihat cara membuka semula ekonomi mereka secara selamat, kerana pandemik ini bukan menjejas kesihatan sahaja, malah mata pencarian rakyat mereka."



Puan Halimah menambah bahawa walaupun Singapura telah berupaya memastikan pandemik ini berada dalam kawalan, dan sedang melihat kepada pembukaan semula secara bertahap, berhati-hati dan selamat, kadar vaksinasi sangat penting.



Beliau berkata beliau amat berbesar hati bahawa lebih tiga suku penduduk negara ini telah divaksin sepenuhnya, dan sangat menggesa mereka yang belum mengambil suntikan Covid-19 agar melakukannya demi keselamatan diri mereka dan orang lain.



Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, mengumumkan pada 26 Julai bahawa lebih $2 bilion akan diketepikan untuk menyokong pekerja dan perniagaan yang bergelut dengan kesan sekatan Covid-19 yang lebih ketat sejak Mei.



Langkah tersebut termasuk peningkatan Skim Bantuan Pekerjaan dalam bentuk subsidi gaji, pelepasan sewa harta tanah komersial, dan bantuan untuk pekerja, pemandu teksi dan kereta sewa privet, serta pegerai di pasar dan pusat penjaja.



Encik Wong telah memberi satu kenyataan menteri di Parlimen tidak lama sebelum beliau memperkenal Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan itu, untuk melakukan peruntukan semula dana untuk langkah-langkah tersebut.



Beliau berkata memandangkan pakej sokongan itu akan dibiayai melalui peruntukan semula dana, kedudukan fiskal keseluruhan Singapura bagi tahun kewangan 2021 dijangka tidak akan berubah, dengan defisit keseluruhan sebanyak $11 bilion, atau 2.2 peratus daripada hasil dalam negeri kasar.



Puan Halimah menarik perhatian kepada jaminan pemerintah bahawa Rang itu tidak akan memerlukan pengeluaran tambahan daripada rizab lalu.



"Pengurusan pemerintah yang baik dan cermat bagi sumber-sumber kita telah membolehkan kita dengan cepat menggerakkan dana bagi menyokong keperluan ekonomi dan rakyat kita," katanya.



"Bilangan dan skala langkah-langkah sokongan itu belum pernah dilihat sebelum ini dan telah sangat mengurangkan kesulitan yang ramai sebaliknya akan alami."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >