Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah dan suami jadi tuan rumah Majlis Hari Kebangsaan di Istana

Aug 10, 2022 | 11:26 PM



PRESIDEN Halimah Yacob dan suami, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee,  menjadi tuan rumah dalam Majlis  Hari Kebangsaan, yang kali pertama diadakan sejak wabak Covid-19,  di Istana pada Rabu malam (10 Ogos).


Lebih 600 tetamu hadir di acara itu termasuk pemimpin masyarakat, sukarelawan, kakitangan penjagaan kesihatan dan atlet negara.


Menulis dalam satu catatan di laman Facebooknya pada Rabu malam (10 Ogos), Puan Halimah berkata beliau berasa besar hati menganjurkan majlis di Istana itu bagi lebih 600 wakil daripada pelbagai sektor yang telah menyumbang kepada pertumbuhan Singapura.


“Saya telah berinteraksi bersama  ramai daripada mereka, termasuk warga Singapura daripada sektor penjagaan kesihatan, sukan dan sukarelawan, dan berterima kasih kepada mereka atas sumbangan tanpa kenal penat  mereka kepada Singapura selama ini.


“Setiap orang mempunyai peranan penting dalam pembangunan Singapura.


“Marilah kita terus bekerjasama rapat antara satu sama lain, dan menggunakan bakat dan kemahiran kita untuk menempa masa depan yang lebih baik buat  negara kita,” ujar beliau lagi.


Turut hadir dalam majlis itu adalah Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong; dan isteri, Cik Ho Ching; Menteri Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong; dan isteri, Cik Tan Choo Leng.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >