Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Dialog penting bagi kekang sikap tidak toleransi

Sep 11, 2019 | 04:21 PM



Dari Bandar Davao



DALAM dunia yang semakin rumit dan di mana ekstremisme dan sikap eksklusivis sedang meningkat, dialog adalah penting dalam usaha menentang prasangka, kejahilan dan sikap tidak bertoleransi, kata Presiden Halimah Yacob.



Tambah beliau, dialog adalah satu proses yang memerlukan usaha yang berterusan, komitmen dan minat yang ikhlas dalam meraih persefahaman dan penerimaan meskipun terdapat perbezaan pandangan dan keyakinan.


“Menerusi perbualan, pendengaran dan sikap memberi dan menerima, kita boleh memperdalami kepercayaan sosial dan membina ikatan persahabatan.


“Dalam masa krisis, ikatan inilah yang akan membantu kita melalui waktu sukar. Ikatan persahabatan dan perpaduan inilah yang akan memastikan kita kekal kukuh dan berpadu sebagai satu masyarakat, tidak kira apa yang berlaku,” kata beliau.


Puan Halimah berkata demikian kepada sekumpulan belia pelbagai agama dan etnik dalam satu sesi dialog di Institut bagi Identiti dan Dialog Islam di Asia Tenggara Al-Qalam, Universiti Ateneo de Davao, di Bandar Davao, Mindanao, pada Rabu (11 September).


Beliau menambah bahawa dialog dan pendekatan berterusan adalah kunci dalam membina kepercayaan dan persefahaman dalam masyarakat yang pelbagai.


Dunia yang semakin rumit hari ini, di mana orang, barangan dan idea lebih bebas bergerak merentas sempadan, telah membolehkan ekonomi menjadi makmur dan mempertingkat kehidupan ramai orang, kata beliau.


Namun, ia juga ada kemudaratannya - masyarakat menjadi lebih terpisah, dengan perbalahan yang semakin meningkat dilihat dalam kalangan kumpulan berlainan etnik dan agama.


“Kita juga melihat ekstremisme dan sikap eksklusivis menjadi lebih kuat.


“Sesebuah masyarakat itu mudah terjejas jika satu kumpulan melihat satu lagi kumpulan sebagai ancaman. Adalah penting untuk mengatasi kuasa pemisah ini, dan membina jambatan berbanding tembok,” kata Puan Halimah.


Dalam usaha menggalak dan mempromosi dialog silang agama dan kaum dalam semua lapisan masyarakat, Singapura telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Mengenai Masyarakat Bersatu Padu (ICCS) pada Jun tahun ini.


Hampir 1,000 peserta daripada sekitar 40 negara menyertai persidangan itu, yang merupakan sebuah platform bagi mereka melibatkan diri dalam dialog yang membina dan mengongsi tentang cabaran keharmonian sosial dalam masyarakat, kongsi Puan Halimah kepada kumpulan belia itu.


Seperti Mindanao - antara bahagian paling pelbagai dari segi etnik, budaya dan agama di Filipina - beliau berkata Singapura juga mempunyai masyarakat pelbagai kaum dan agama.


Justeru, seperti Mindanao, negara ini sentiasa berusaha memajukan budaya saling menghormati satu sama lain dalam masyarakat dan memanfaatkan kepelbagaian masyarakat sebagai satu sumber kekuatan.


“Ia menjadikan masyarakat kita lebih bertenaga dan kehidupan lebih kaya. Ia sesuatu yang perlu kita hargai dan lindungi.


“Kita semua mempunyai peranan dalam membentuk masa depan di mana setiap daripada kita berdiri bersama tidak kira bangsa, bahasa atau agama,” kata beliau.



Awal sebelum itu, Puan Halimah telah mengunjungi Pusat Helang Filipina sebagai sebahagian daripada lawatannya di Bandar Davao.


Pusat itu merupakan rumah kepada burung kebangsaan negara itu, Helang Filipina, yang spesiesnya terancam.


Pada Jun tahun ini, Singapura menjadi negara pertama di dunia untuk menerima dua ekor helang di bawah satu perjanjian pinjaman pembiakan 10 tahun – kali pertama helang Filipina akan dibiak di luar negara asalnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >