PRESIDEN Halimah Yacob berbesar hati dianugerahkan Fellow Kehormat oleh Akademi Perubatan Singapura (AMS) pada Sabtu (23 Julai).
Beliau juga gembira menyaksikan pelantikan ramai pakar perubatan dan pergigian Singapura sebagai Fellows of the Academy.
Pelantikan tahun ini adalah istimewa kerana ia menandakan ulang tahun ke-65 akademi tersebut.
“AMS telah memainkan peranan penting dalam meluaskan sempadan perubatan melalui latihan pakar, penetapan piawaian dan penyebaran maklumat.
“Ramai ahlinya membuat sumbangan penting kepada tindak balas Covid-19 Singapura,” kata Puan Halimah melalui tulisannya di Facebooknya pada Sabtu.
AMS juga, kata beliau, telah memupuk hubungan kukuh dengan rakan sejawatannya di rantau ini, yang memudahkan perkongsian pengetahuan.
“Saya yakin AMS akan meningkat ke tahap lebih tinggi pada tahun-tahun akan datang,” tambah Puan Halimah.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Presiden Halimah dianugerahi Fellow Kehormat oleh Akademi Perubatan Singapura
Jul 24, 2022 | 04:08 PM