PRESIDEN Halimah Yacob telah dilantik selaku Canselor ke-10 Universiti Nasional Singapura (NUS).
Beliau, yang sebelum ini alumni NUS dan mantan anggota Lembaga Pengamanah dan Siswazah Kehormat NUS, telah menyampaikan ucapan sulungnya selaku canselor semasa satu acara makan tengah hari di Dewan Universiti NUS, semalam.