Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah galak prihatin terhadap sektor penjagaan, pesakit

Sep 30, 2017 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob meneruskan usaha mendekati warga dengan melawat Hospis Assisi semalam.



Menulis di Facebook, Puan Halimah berkata beliau tersentuh menyaksikan kasih sayang yang ditunjukkan warga kerja dan sukarelawan hospis itu sewaktu menjaga pesakit dan keluarga mereka.



"Singapura berdepan dengan cabaran warga kian menua dan perkara ini menambah permintaan bagi khidmat jagaan kesihatan dan sosial. Lebih banyak perhatian perlu diberikan kepada mereka yang berdepan dengan penyakit progresif, kronik dan sindrom yang berkaitan dengan usia.



"Pemberi khidmat jagaan seperti Hospis Assisi memainkan peranan penting dalam menawarkan sokongan dan khidmat jagaan akhir hayat yang amat diperlukan," ujar Puan Halimah.



Di hospis itu, beliau berpeluang menemui dan berinteraksi dengan pesakit. Di samping itu, beliau meninjau kemudahan dan pelbagai khidmat di situ.



Penghuni hospis juga menghadiahkan setangkai bunga daisi bagi meraikan kunjungannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >