Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah gesa lebih ramai majikan terima OKU

Kebolehan intelek, digital mereka yang alami distrofi otot boleh dimanfaatkan
Apr 13, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob menggesa lebih ramai majikan membuka pintu kepada golongan kurang upaya (OKU), khususnya yang mengalami distrofi otot kerana meskipun pergerak fizikal mereka terhad, kebolehan intelek mereka boleh dimanfaatkan dan mereka berupaya menyumbang secara digital.



Ini termasuk dalam bidang seperti pembangunan web, reka bentuk grafik mahupun animasi.



Puan Halimah menekan ini setelah melawat agensi perkhidmatan sosial tidak mencari untung Persatuan Distrofi Otot Singapura (MDAS) semalam, sebagai sebahagian pendekatan masyarakat beliau.



MDAS ditubuhkan untuk menyokong mereka yang mempunyai distrofi otot dan keluarga mereka dalam menghadapi kesan keadaan itu, dan komited mempertingkat kehidupan kanak-kanak dan warga dewasa yang mengalami distrofi otot.



Mengatakan majikan memainkan peranan amat penting dalam menyokong golongan itu, Puan Halimah berkata:



"Yang paling penting ialah asalkan mereka diberi peluang, penyesuaian dilakukan di tempat kerja, teknologi disesuaikan (adaptive) disediakan, mereka diberi peluang mengamalkan kemahiran (digital) itu, mereka berupaya memberi sumbangan baik kepada tempat kerja."



Beliau melahirkan rasa kagum terhadap usaha MDAS dalam membantu mempertingkat mutu kehidupan mereka yang mengalami distrofi otot, antaranya menerusi program bridge-pro.



Program tersebut membantu golongan itu meraih kemahiran digital lantas membantu mereka mendapat pekerjaan di luar mahupun di rumah, kata Puan Halimah.



Program yang disokong Dana Memperkasa Kehidupan itu juga sesuai dengan tema Cabaran Presiden tahun ini, iaitu membina masyarakat inklusif secara digital.



"Yang paling penting ialah kemampuan, peluang bagi mereka belajar dan diberi peluang pembelajaran sesuai dengan keperluan mereka, seperti yang dilakukan program bridge-pro.



"Ini kerana mereka perlu teknologi khas atau teknologi disesuaikan yang boleh membantu mereka belajar dalam suasana pembelajaran apabila mereka ke sekolah, misalnya.



"Sekiranya mereka ke sekolah aliran perdana, sekolah aliran perdana itu harus mempunyai teknologi dan kurikulum yang disesuaikan dengan keperluan mereka supaya mereka boleh menimba kemahiran tersebut lantas membolehkan mereka melakukan pekerjaan yang diperlukan dalam pasaran buruh," kata Puan Halimah.



Semasa lawatan itu, Puan Halimah beramah-tamah bersama anggota MDAS dan melihat hasil rekaan grafik dan animasi mereka.



MDAS juga menunjukkan beberapa alat dan teknologi yang digunakan bagi membantu anggotanya dalam kehidupan harian mereka, antaranya mesin pernafasan dan meja yang ketinggiannya dapat dilaraskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >