Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah gesa masyarakat SG perkukuh kepercayaan antara kaum, agama

Jan 28, 2018 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob menggesa masyarakat berbilang kaum dan agama memperkukuh rangkaian kepercayaan antara kumpulan pelbagai agama agar dapat memupuk rasa saling menghormati.



Sedang beliau akur isu kaum dan agama sentiasa sensitif, Puan Halimah menekankan, ia tidak bermakna masyarakat tidak boleh berbincang mengenainya dan berusaha memahami perspektif satu sama lain.



Kerelaan masyarakat menerima dan terbuka kepada kepelbagaian etnik dan agama, malah merupakan kekuatan negara ini apabila berdepan dengan krisis.



Usaha pemerintah sahaja tidak mencukupi, tambah beliau.



Gesaan Puan Halimah itu dibuat di Konvensyen Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) yang julung-julung kalinya diadakan di Pusat Persidangan Suntec City, semalam.



Beliau memuji usaha IRCC menggalak rangkaian kepercayaan di antara masyarakat yang berbeza di sini.



"Wadah sebegini amat berharga apabila acara dianjurkan bagi anggota pelbagai masyarakat hadir dan berinteraksi antara satu sama lain secara tetap. Apabila krisis berlaku, hubungan sebegini yang akan membantu," ujarnya.



Beberapa cara bagaimana rakyat Singapura di setiap peringkat masyarakat dapat memainkan peranan dalam memperkukuh keharmonian kaum dan agama dalam sekitaran global telah beliau bentangkan.



Kepentingannya terasa kerana dalam sekitaran sejagat beginilah ketegangan kaum dan serangan pengganas kian berleluasa.



Meskipun penting bagi membina jambatan dan mempertingkat ruang bersama dalam tempoh damai ini, adalah kritikal juga bagi setiap masyarakat mempersiap respons selepas berlakunya serangan pengganas.



"Di negara-negara lain, tempat ibadat mudah diserang kerana ia 'sasaran lembut' pengganas. Tempat-tempat ibadat ini, justeru itu, perlu bersiap siaga jika berlaku krisis," ujarnya.



Puan Halimah gembira masjid serta sebilangan gereja dan kuil telah diberi taklimat oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) serta agensi Home Team mengenai gerakan Rangkaian Masyarakat SGSecure.



Gerakan itu ditubuhkan bagi menggalak penduduk Singapura terlibat dalam memerangi pengganasan.



Semalam, lebih 600 peserta termasuk pemimpin belia, para akademik dan pakar dari sektor swasta, menghadiri konvenysen IRCC itu, yang bertujuan memperkukuh keharmonian kaum dan agama.



Dalam ucapannya, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu, pula mendedahkan bahawa lebih 3,700 peserta daripada pelbagai usia dan latar belakang telah didekati sejak program Bridge MCCY dilancarkan, Mac lalu.



Beliau menambah, siri dialog antara agama Common Senses for Common Spaces yang diperkenalkan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East dengan sokongan MCCY akan dilancar serata Singapura dengan format baru bertemakan persamaan dalam perbezaan kepercayaan.



Perbincangan terperinci mengenai identiti agama dan perkongsian kisah peribadi turut disisipkan.



Laporan lanjut: Keharmonian di S'pura dihargai, harus dipertahan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >