Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah gesa perkukuh daya tahan kesihatan mental kanak-kanak

Wabak Covid-19 jejas rutin akademik, kegiatan sosial golongan tersebut
Dec 03, 2020 | 05:30 AM



PANDEMIK Covid-19 telah menjejas rutin akademik dan kegiatan sosial ramai kanak-kanak dan golongan muda serta meninggalkan kesan negatif pada kesihatan mental mereka.



Oleh itu, usaha mengukuhkan daya ketahanan kesihatan mental mereka lebih-lebih lagi penting dalam tempoh ini, kata Presiden Halimah Yacob semalam.



Tambahnya, Singapura harus meningkatkan usaha melindungi kesihatan mentak kanak-kanak di sini awal.



Puan Halimah berkata demikian semasa berucap di upacara pembukaan Kongres Dunia Persatuan Antarabangsa bagi Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja serta Karyawan Bersekutu (IACAPAP) ke-24 yang berlangsung di dalam talian.



Beliau menggariskan pelbagai strategi Singapura yang bertujuan memperkukuh sokongan kesihatan mental bagi golongan muda di sini.



Ini termasuk kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan, menggalak kecelikan kesihatan mental di kalangan kanak-kanak dan golongan muda serta meningkatkan akses kepada sumber kesihatan mental.



Puan Halimah turut menarik perhatian perbuatan bunuh diri di kalangan orang muda sebagai amat membimbangkan.



Menurutnya, pelbagai pihak seperti hospital, sekolah dan rakan kerja masyarakat telah meningkatkan usaha bekerjasama untuk membantu mereka yang berdepan dengan risiko bunuh diri.



"Kita harus mengatasinya dengan menangani punca yang berpotensi menyebabkannya, lebih-lebih lagi kerana keadaan kesihatan mental seperti keresahan dan kemurungan boleh memburukkan lagi masalah itu," katanya.



Selain memberi penekanan kepada usaha pencegahan dan campur tangan awal, Puan Halimah berkata Singapura juga menjalankan usaha mempertingkat pendidikan awam dan kecelikan kesihatan mental di kalangan kanak-kanak dan orang muda.



"Adalah penting melengkapi kanak-kanak dengan pengetahuan tentang masalah kesihatan mental yang biasa dan cara menanganinya, serta membangunkan sikap empati dan ambil berat terhadap orang yang mempunyai masalah kesihatan mental dalam diri mereka," ujar beliau.



Tambahnya, inilah sebabnya pendidikan kesihatan mental akan dimasukkan dalam kurikulum yang disemak dan akan diperkenal secara bertahap mulai tahun depan.



Sementara itu, semua sekolah di sini juga akan mewujudkan struktur sokongan setara menjelang 2022 untuk mengukuhkan usaha sedemikian sekarang, kata Puan Halimah.



Daya usaha di dalam talian turut dilaksana untuk meningkatkan akses orang muda kepada sumber kesihatan mental.



Puan Halimah berkata Singapura mengambil pendekatan seluruh masyarakat untuk membina jaring keselamatan bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan mental.



Ini termasuk melatih sekolah dan agensi khidmat sosial mengenal pasti serta menangani kanak-kanak berisiko dengan masalah emosi dan kelakuan yang serius, menawarkan khidmat pemeriksaan kesihatan mental percuma serta melancarkan khidmat sokongan sosial dan kesihatan mental berselaras bagi golongan muda yang berisiko.



Tambahnya, masalah kesihatan mental yang tidak dirawat akan menjejas pembangunan kanak-kanak serta kebolehan mereka mencapai potensi mereka sepenuhnya.



"Oleh itu, adalah penting kita meningkatkan usaha melindungi kesihatan mental kanak-kanak kita awal," ujar Puan Halimah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >