Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah gesa rakyat bersatu selepas GE, atasi cabaran Covid-19

Jul 14, 2020 | 08:17 PM



PRESIDEN Halimah Yacob menggesa semua individu agar berpadu tenaga dan bersatu hati dalam berdepan dengan cabaran mendatang menyusuli Pilihan Raya Umum (GE) 2020 yang baru berlalu.



Menulis dalam Facebook, beliau menjelaskan: "Kemajuan kita dicapai menerusi kerja keras penduduk kita bekerja rapat dengan Pemerintah merentasi tempoh bertahun-tahun lamanya. Dengan cara ini, kita dapat mengatasi banyak krisis bersama yang kemungkinan boleh menewaskan semangat kita.



"Kita mara kerana kita memiliki arah tuju serupa dan berkongsi masa depan bersama, dengan selalu memastikan kita dapat mengukir ruang buat diri kita sendiri dan anak-anak kita dalam dunia bergelora ini. Kita tahu kita perlu buktikan nilai dan harga diri kita untuk memastikan kita tidak diperlekeh dalam dunia ini.



"Kita kini perlu berdepan dengan dunia yang benar-benar tergugat oleh Covid-19. Keadaan tidak sama lagi seperti dahulu. Setiap perkara jadi tunggang terbalik. Setiap negara akan meninjau cara membangun ekonominya bagi merebut sebahagian manfaat yang terbentang bagi membolehkan mereka menyumbang kepada masyarakat dan menjaga generasi mendatang. 



"Ini bukan tugas mudah dalam dunia yang menyempit dari segi ruang malah sebelum Covid-19 kerana tekanan deglobalisasi, unsur nasionalisme yang insular dan tegar, institusi antarabangsa yang lemah dan tekanan kuasa besar. Tetapi peluang masih tersedia bagi mereka yang memiliki idea inovatif dan bersedia mengubah dan membangun keupayaan mereka."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >