Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah gesa stigma isu kesihatan mental dikikis, lebih sokongan kepada ibu tunggal

Aug 14, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob berkata stigma yang dikaitkan dengan masalah kesihatan mental perlu disingkirkan selain memastikan sokongan diberikan kepada ibu tunggal serta menghapuskan stereotaip bangsa dan agama.



Beliau mengongsi pandangannya itu dalam satu rancangan In Conversation with Girlfriends yang dianjurkan dengan kerjasama gerakan #CelebratingSGWomen oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Puan Halimah berkata rakyat Singapura perlu lebih empati terhadap mereka yang mengalami isu kesihatan mental.



Beliau juga berkata terdapat terlalu banyak pandangan serong dan negatif terhadap ibu tunggal.



"Kita perlu memberi lebih banyak sokongan kepada mereka yang kurang berkemampuan seperti golongan ibu tunggal.



"Usah menilai mereka berdasarkan kekurangan mereka, sebaliknya nilai kekuatan mereka.



"Kita perlu lebih terbuka dalam membantu mereka," katanya.



Satu lagi aspek yang ingin dihapuskan Puan Halimah ialah stereotaip terhadap bangsa dan agama.



"Ini boleh memecahbelahkan kita... kita dapat lihat apa yang terjadi di negara lain, kita tidak mahu ini berlaku di Singapura," katanya.



Puan Halimah turut menyentuh tentang pentingnya tidak memandang rendah terhadap keupayaan wanita.



"Antara wanita, ada kalanya kita sendiri merendahkan jangkaan kita sendiri secara tidak sengaja," ujarnya.



"Wanita tidak harus membenarkan individu lain meragukan keupayaan kita... kita perlu yakin.



"Apabila kita memberi ruang untuk orang meragukan kita, ia seakan kita menggalak mereka untuk melakukan demikian."



Menyentuh tentang mengimbangi kerja dengan keluarga, Presiden Halimah berkata pengorbanan perlu dilakukan.



Mengimbas pengalamannya sendiri, beliau terlalu sibuk untuk menonton televisyen apabila anaknya sedang membesar.



Mujur, beliau mempunyai sistem sokongan yang kukuh dengan bantuan ibu dan suaminya.



"Kesihatan mental merupakan topik yang amat penting dan bagi wanita khususnya. Mereka memikul bebanan tanggungjawab yang banyak.



"Kita perlu pastikan mereka tidak mengabaikan kesihatan mental mereka.



"Anda perlu tahu bila untuk berehat," ujarnya.



Mengongsi lagi, Puan Halimah berkata beliau menenangkan minda dengan membaca.



Beliau juga memastikan akan membaca buku kepada kesemua lima anaknya semasa mereka masih kecil selepas kerja sebagai satu cara merapatkan hubungan dengan mereka.



"Ia merupakan satu amalan yang baik dan memupuk cinta pada membaca sejak dari kecil," katanya.



Rancangan tiga episod itu dihoskan selebriti, Fiza O, dengan dua episod sebelumnya menampilkan selebriti wanita dan cabaran mereka.




"Kita perlu memberi lebih banyak sokongan kepada mereka yang kurang berkemampuan seperti golongan ibu tunggal. Usah menilai mereka berdasarkan kekurangan mereka, sebaliknya nilai kekuatan mereka. Kita perlu lebih terbuka dalam membantu mereka."
- Presiden Halimah Yacob mengongsi pandangannya itu dalam satu rancangan yang dianjurkan dengan kerjasama gerakan #CelebratingSGWomen oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >