Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah gesa wanita manfaatkan skim bantu rangsang ekonomi

Apr 01, 2018 | 05:30 AM



DENGAN kehadiran teknologi dan ekonomi yang dikongsi (sharing economy), wanita yang telah meninggalkan dunia pekerjaan boleh terus menyumbang kepada ekonomi Singapura, kata Presiden Halimah Yacob.



Lantaran itu, Puan Halimah menggesa golongan wanita supaya memanfaatkan skim pemerintah yang ada bagi membantu mereka mencari rezeki dan merangsang ekonomi.



Beliau berkata demikian semasa acara Dewi Fiesta - anjuran cabang wanita Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Usahawan Dinamik Wanita Antarabangsa (Dewi) - di Pusat Konvensyen Suntec City, semalam.



Puan Halimah berkata dunia perniagaan hari ini beruntung kerana mempunyai sokongan teknologi maju, yang boleh membuka peluang kepada perniagaan kecil.



"Contonhnya, bagi perniagaan mikro yang dimulakan wanita.



"Dengan adanya teknologi dan ekonomi yang dikongsi, ia membolehkan wanita yang telah meninggalkan dunia pekerjaan atas pelbagai sebab terus menyumbang kepada ekonomi.



"Jika dilakukan dengan baik, ini boleh bukan hanya membantu individu dan keluarga mereka mencari rezeki malah merangsang ekonomi," ujarnya.



Justeru, beliau menyeru semua usahawan wanita supaya meneroka skim seperti SME Go Digital, yang boleh membantu mereka menguruskan sumber dengan lebih baik.



Menurutnya, sejak beberapa tahun lalu, Singapura membangunkan sekitaran perniagaan lebih dinamik dengan lebih banyak sokongan untuk kaum Hawa yang mahu memulakan perniagaan.



Oleh itu, Puan Halimah menasihatkan mereka yang sedang memikirkan mahu memulakan perniagaan dan tidak tahu bagaimana bermula, supaya mendekati antara 12 Pusat SME.



Beliau mengakui, meskipun terdapat pusat SME di seluruh Singapura, Dewi boleh memainkan peranan mendekati mereka serta menjadi pengantara antara peniaga wanita dengan Pusat SME.



Ini memandangkan peniaga wanita memainkan banyak peranan dalam masyarakat moden - sebagai ibu, penjaga ibu bapa, sekali gus memikul tanggungjawab berat.



Dalam ucapannya, beliau juga menukil contoh peniaga wanita setempat, Cik Nurhuda Rabani, pemilik Asyura Paste, yang memanfaatkan skim pemerintah dan berjaya mengembangkan perniagaannya.



"Dengan bantuan penasihat perniagaan di Pusat SME@DPPMS, Cik Nurhuda mendapat geran membeli mesin perindustrian untuk meningkatkan pengeluaran pes dengan menyediakan dan membungkus lebih banyak stok.



"Amat menggalakkan melihat lebih ramai peniaga wanita seperti Cik Nurhuda yang bukan hanya memulakan perniagaan bahkan mengembangkan perniagaan," tambah Puan Halimah.



Berucap dalam majlis yang sama, Presiden DPPMS, Encik Shamir Abdul Rahim, berbesar hati melihat banyak perniagaan yang diterajui wanita sedang berkembang, sekali gus mencerminkan kemajuan masyarakat sejauh ini.



Katanya, pihak Dewan akan terus memainkan peranan cergas membantu peniaga, termasuk peniaga wanita, memanfaatkan teknologi.



Sebahagian daripada acara itu merupakan bazar dua hari yang berakhir semalam, menampilkan 30 perniagaan milik wanita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >