Presiden Halimah gesa warga bersatu perangi sikap tidak toleran, xenofobia dan perkauman
Apr 04, 2019 | 05:30 AM
PRESIDEN Halimah Yacob menggesa orang ramai untuk bersatu padu menentang semua bentuk sikap tidak bertoleransi, xenofobia dan sikap perkauman.
Beliau turut mengajak orang ramai untuk menghulurkan tangan mesra, mengetepikan perbezaan dan memberi tumpuan kepada nilai dan kemanusiaan yang dikongsi sama.