Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Graduan perlu hadapi cabaran dengan positif, tabah

Jun 27, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob menggalak para lulusan baru Universiti Nasional Singapura (NUS) untuk menghadapi semua cabaran dengan rasa positif dan tabah.



Beliau, yang juga Canselor NUS, menambah bahawa pandemik Covid-19 mengingatkan mereka bahawa rancangan yang paling baik dilakarkan boleh juga terganggu akibat kejadian yang di luar kawalan manusia.



"Tetapi, dalam masa mencabar ini, kita harus pegang teguh kepada nilai-nilai seperti rasa hormat, integriti, inovasi, keutuhan dan kecemerlangan. Saya menggalak anda mempunyai nilai-nilai ini dalam melalui perjalanan di hadapan, berilah yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, sematkan rasa ingin tahu dan terus belajar. Lebih penting lagi, tunjukkan rasa hormat dan rendah hati bagi orang-orang yang anda temui," katanya, dalam Majlis Konvokesyen yang diadakan secara alam maya buat pertama kali semalam.



Beliau menambah ciri-ciri itu yang akan membantu mereka dalam kehidupan dalam majlis konvokesyen itu.



Seramai 154 lulusan dari Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock NUS dan 32 lulusan ijazah Sarjana Sains Program Industri 4.0 dari Sekolah Pendidikan Sepanjang Hayat dan Berterusan NUS mendapat ijazah mereka dal.



Majlis itu adalah antara 60 majlis konvokesyen yang akan diadakan selama lapan hari sehingga 3 Julai. Seramai 11,582 Kelas 2020 NUS akan menerima ijazah mereka.



Presiden NUS, Profesor Tan Eng Chye berkata NUS mengambil keputusan mengadakan majlis itu dalam talian bagi mengambil kira kepentingan keselamatan awam.



"Saya berbangga kerana kohort 2020 dan 2021 telah menunjukkan kekuatan, penyesuaian dan komitmen untuk terus cemerlang dalam tempoh sukar ini. Ramai daripada anda yang membuat penyesuaian besar terhadap rancangan dan kerjaya anda. Saya menggalak anda memupuk minda baru, bersedia melakarkan laluan baru, dan mengambil peluang baru yang tersedia," katanya.



Seorang lulusan NUS yang akan menerima ijazah Sarjana Muda Sains (Pengurusan Projek dan Kemudahan) (Kepujian), Ci Nadiah Zamree pada 2 Julai nanti, menyatakan beliau akan menghadiri majlis dalam talian itu di keselesaan rumahnya bersama keluarga beliau.



"Ia amat tidak bernasib baik bahawa majlis ini diadakan dalam talian disebabkan sebab keselamatan tetapi saya dan keluarga masih akan menyemarakkan majlis ini. Kami merancang mengadakan sesi mengambil foto di rumah, dengan setiap kami berpakaian cantik dan saya memakai gaun universiti. Kami juga akan mengadakan penstriman langsung melalui televisyen kami," katanya.




"Dalam masa mencabar ini, kita harus pegang teguh kepada nilai-nilai seperti rasa hormat, integriti, inovasi, keutuhan dan kecemerlangan. Saya menggalak anda mempunyai nilai-nilai ini dalam melalui perjalanan di hadapan, berilah yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, sematkan rasa ingin tahu dan terus belajar. Lebih penting lagi, tunjukkan rasa hormat dan rendah hati bagi orang-orang yang anda temui."
- Presiden Halimah Yacob.



"Ramai (graduan) daripada anda yang membuat penyesuaian besar terhadap rancangan dan kerjaya anda. Saya menggalak anda memupuk minda baru, bersedia melakarkan laluan baru, dan mengambil peluang baru yang tersedia."
- Presiden NUS, Profesor Tan Eng Chye.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >