Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah hargai daya tahan khidmat awam harungi Covid-19

Aug 12, 2021 | 08:22 PM



PERKHIDMATAN awam telah melakukan yang terbaik dan berusaha gigih untuk menguruskan krisis semasa pandemik ini dah harus terus kekal berdaya tahan dan menyesuaikan diri, kata Presiden Halimah Yacob.

Ini memandangkan pandemik Covid-19 bukanlah krisis terakhir yang akan dihadapi masyarakat Singapura sebagai sebuah negara.

Lantaran itu, adalah penting untuk mempunyai pemimpin komited dalam perkhidmatan awam, khususnya semasa tempoh mencabar seperti Covid-19.

Puan Halimah berkata demikian dalam ucapannya semasa majlis penyampaian Biasiswa Presiden yang dianjurkan secara maya semalam.

Beliau berkata, dalam menangani krisis Covid-19, ramai pegawai perkhidmatan awam yang berdedikasi dan tekun telah be

kerja keras tanpa mengira penat lelah – tidak kira dalam operasi menjejak kontak atau melaksanakan langkah sokongan bagi menolong perniagaan.

Puan Halimah menekankan dalam ucapannya:

“Pandemik Covid-19 bukanlah yang terakhir yang kita akan hadapi sebagai sebuah negara.

“Sebagai pemimpin pada masa depan, anda harus kekal berpegangan teguh dan terus memberi khidmat dengan penuh dedikasi dan kerendahan hati.”

Beliau mengingatkan para pegawai supaya kekal berdaya tahan dan bersedia menyesuaikan diri dalam menghasilkan dasar-dasar demi kepentingan warga Singapura.

Dua wanita dianugerahkan Biasiswa Presiden tahun ini, Leftenan Ang Zyn Yee dan Cik Wong Chia Ying. Leftenan Ang akan berkhidmat dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) selepas tamat pengajiannya dalam jurusan Ekonomi dan Statistik di Universiti Brown di Amerika Syarikat. Cik Wong pula memburu ijazah Bahasa Inggeris di Universiti California dan akan berkhidmat dalam sektor pendidikan selepas menamatkan pengajiannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >