Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah hargai dedikasi pendidik

Sep 03, 2021 | 05:30 AM



PENDIDIK telah bekerja keras untuk memastikan para pelajar kekal selamat dan terus belajar dengan berkesan menerusi pembelajaran dari rumah atau di sekolah sepanjang pandemik Covid-19 ini, ujar Presiden Halimah Yacob.



Berucap semasa Resepsi Hari Guru di Istana semalam, Presiden Halimah menghargai kerja keras dan sokongan yang ditonjolkan para pendidik untuk memastikan pembelajaran dapat diteruskan dengan tidak banyak gangguan.



"Ini hanya dapat dilaksanakan kerana anda semua, pendidik yang komited dan berdedikasi, telah menyahut pelbagai cabaran yang timbul akibat pandemik ini," ujarnya.



Beliau turut menggariskan peranan penting seorang guru, untuk membantu pelajar menyesuaikan diri dengan norma baru dengan memupuk nilai penting seperti sikap tanggungjawab, daya tahan, integriti dan kasih sayang bagi keluarga dan masyarakat.



"Sedang kita secara bertahap-tahap menyesuaikan diri dengan norma baru dan mempersiap diri kita bagi masa depan, nilai-nilai ini adalah kritikal untuk memastikan Singapura dapat bangkit semula, lebih kukuh daripada yang sebelum ini," katanya lagi.



Beliau turut menukil usaha baik yang dijalankan para guru terutama pemenang Anugerah Presiden bagi Guru (PAT).



Puan Halimah memberi contoh bagaimana salah seorang penerima PAT, Cik Khairiah Hairoman, Ketua Jabatan Kemanusiaan di Sekolah Menengah Peirce, mengundang Pusat Pekerja Migran (MWC) untuk menyampaikan ceramah di sekolah agar pelajar lebih memahami isu yang dihadapi golongan pekerja asing di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >