Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah hargai kerja keras pegawai ICA harungi cabaran pandemik

May 01, 2021 | 12:05 AM



SEDANG Singapura melaksanakan program vaksinasi serata negara dalam beberapa fasa, pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di pusat pemeriksaan kargo udara memainkan peranan penting dalam memastikan vaksin yang diimport diberi kelulusan masuk secara cepat dan berkesan.



Memberi pengamatannya di Facebook selepas mengunjungi Pusat Pengangkutan Udara Changi (CAC) pada petang Jumaat (30 April), Presiden Halimah Yacob berkata:



"Pegawai yang saya temui berkongsi betapa bangganya mereka dengan peranan bermakna yang mereka mainkan dalam menjaga negara dan sempadan kita secara selamat.



"Ukhuwah antara mereka begitu jelas apabila saya berbual dengan mereka dan mereka dengan sukarela menggantikan satu sama lain bila-bila perlu khususnya dalam bulan puasa ini. Saya berharap mereka akan terus menyokong satu sama lain sedang kita mengatasi pandemik ini bersama."



Kunjungan Puan Halimah ke CAC adalah bagi mengucapkan terima kasih kepada pegawai barisan hadapan ICA di samping mengambil peluang berbuka puasa dengan sekumpulan kecil pegawai di situ.



"Di sebalik tambahan tugasan sewaktu pandemik, pegawai ICA di CAC ini bekerja keras sepanjang masa bagi memastikan kiriman barangan datang tepat pada masanya khususnya sewaktu tempoh mencabar Covid-19 ini.



"Mereka berkongsi dengan saya bahawa mereka mengendalikan kemasukan lebih 21 juta barangan nilai rendah menerusi pusat pemeriksaan kargo udara pada 2020, tambahan seganda daripada jumlah pada 2019," ujar Puan Halimah lagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >