Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah hargai sumbangan pekerja jagaan kesihatan

Sep 20, 2017 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob melawat Hospital Universiti Nasional (NUH) semalam untuk mengetahui bagaimana sistem pengurusan pihak hospital berhadapan dengan masalah kesihatan berkaitan penuaan selain memberi sokongan kepada pekerja jagaan kesihatan.



Dalam lawatan itu beliau telah bertemu dan beramah mesra dengan beberapa pesakit bersama penjaga mereka serta menunjukkan penghargaannya kepada sumbangan para pekerja hospital dengan bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada mereka.



Dalam lawatan itu, Puan Halimah yang ditemani Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Sekitaran dan Sumber Air), Dr Amy Khor, telah ke wad geriatrik bagi warga senja dan paediatrik bagi rawatan kanak-kanak.



Semasa ditemui, Puan Halimah berkata: "Isu berkaitan penuaan bermakna permintaan yang tinggi bagi khidmat jagaan kesihatan.



"Jadi saya ingin tahu lebih lanjut bagaimana hospital kita berhadapan dengan isu ini. Itu sebab pertama saya ke mari.



"Saya dapati hospital kita terus berkembang mengikut arus keperluan hari ini.



"Sebab kedua saya ke mari adalah ingin memberi sokongan dan penghargaan kepada kakitangan hospital yang telah bekerja keras.



"Ini bukan kerja yang mudah kerana apabila seseorang sakit, permintaan mereka lebih tinggi - bukan sahaja daripada pesakit, malah daripada penjaga mereka.



"Tapi saya lihat kakitangan jagaan kesihatan kita telah menjalankan tugas dengan hebat, menandakan mereka amat menyukai kerja mereka," katanya lagi.



Puan Halimah berkata lawatannya kali ini sebagai Presiden kelapan Singapura memberinya peluang mengetahui pengurusan hospital secara lebih "dekat dan mendalam" tentang bagaimana hospital berfungsi.



Diminta memberi mesejnya kepada kakitangan jagaan kesihatan, Puan Halimah berkata:



"Saya amat teruja dengan khidmat penuh dedikasi yang ditonjolkan kakitangan jagaan kesihatan.



"Saya juga gembira kerana pihak kesatuan sekerja jagaan kesihatan termasuk hospital ini telah bekerjasama dengan pihak pengurusan hospital secara baik.



"Itulah model jagaan yang kita inginkan, di mana pihak kesatuan sekerja saling menyokong pihak pengurusan sebagai langkah menyokong pula kerja kakitangan jagaan kesihatan.



"Hasilnya kakitangan jagaan kesihatan dapat melakukan kerja dengan sempurna."



Salah seorang penjaga pesakit yang ditemui, Encik Zainal Abidin Mohd Idros, 54 tahun, melahirkan rasa senangnya melihat Puan Halimah menziarahi hospital dan khususnya ibunya, Cik Endon Daud, 87 tahun.



"Ibu mungkin tidak begitu kenal, tapi saya rasa berbesar hati mendapat kunjungan Presiden ke katil ibu," katanya.



Sementara itu, Presiden Kesatuan Sekerja Khidmat Jagaan Kesihatan dan Pengerusi Cawangan Kesatuan NUH, Cik K Thanaletchimi, berkata antara lain Puan Halimah telah diberi taklimat tentang Program Pertukaran Profesional (PCP) menerusi pertemuannya dengan beberapa kakitangan di bawah program itu.



"Sebagai kesatuan sekerja, peranan pihak kami kini termasuk meningkatkan kesedaran menerusi pameran bergerak, menjadi suara testimoni kepada pekerjaan dalam sektor jagaan kesihatan dan memastikan gaji yang diperoleh pekerja sepadan dengan pekerja sektor lain," kata Cik Thanaletchimi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >