Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAWATAN IMAM BESAR UNIVERSITI AL-AZHAR

Presiden Halimah, Imam Al-Azhar bincang luaskan kerjasama

May 05, 2018 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yaacob telah meraikan kunjungan Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed Al-Tayyeb, di Istana pagi semalam.



Dalam satu pos di Facebooknya, Presiden Halimah berkata bahawa beliau gembira dapat bertemu Sheikh Ahmed Al-Tayyeb sekali lagi.



"Saya mengucapkan terima kasih kepadanya di atas sokongan yang diberikan Universiti Al-Azhar kepada pelajar Muslim kami.



"Kami telah membincangkan usaha untuk memperluaskan kerjasama antara Universiti Al-Azhar dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), dengan tumpuan kepada usaha menggalakkan keharmonian agama," tulisnya dalam pos itu.



Sementara itu, Sheikh Ahmed Al-Tayyeb juga telah menyampaikan satu ceramah berjudul "Agama Sebagai Kuasa yang Menyatukan" di Pusat Konvensyen Raffles, malam semalam.



Mesej utama ceramah itu berkisar tentang bagaimana agama memainkan peranan yang semakin penting sebagai kuasa yang mampu menyatukan semua dan menghapuskan rasa tidak puas hati dan kebencian, terutama sekali dalam era di mana perbezaan antara masyarakat, budaya dan agama sering digunakan untuk menyebabkan konflik.



Ceramah anjuran Muis itu disampaikan dalam bahasa Arab berserta penterjemahan bahasa Inggeris.



Ia telah dipengerusikan oleh Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.



Berucap di acara itu, Dr Maliki berkata Sheikh Ahmed Al-Tayyeb memang terkenal dengan komitmen beliau kepada keamanan melalui dialog dan sumbangan positif kepada masyarakat.



"Kami bertuah berpeluang mendengar perkongsian beliau mengenai kuasa agama yang menyatukan dalam mengubati dunia yang pecah belah ini.



"Terlalu banyak masyarakat yang menghadapi konflik, agama juga sering disalahgunakan untuk membenarkan keganasan.



"Perbezaan antara agama juga sering digunakan untuk membenarkan diskriminasi dan pengasingan. Jarang sekali agama diiktiraf sebagai kuasa yang menyatukan dan mengubati," katanya.



Beliau menambah bahawa walaupun Singapura berada dalam keadaan aman, masyarakat di sini tidak boleh bersikap sambil lewa dan harus terus menggunakan agama sebagai kuasa ke arah perkara yang baik.



Sheikh Ahmed Al-Tayyeb sedang mengadakan kunjungan tiga hari ke Singapura sejak Khamis lalu hingga hari ini atas jemputan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Dalam pos Facebooknya semalam, Encik Lee berkata beliau amat berbesar hati kerana berpeluang mengalu-alukan kehadiran Sheikh Ahmed Al-Tayyeb dalam satu jamuan malam kelmarin.



"Keharmonian agama dan kaum adalah satu warisan yang sangat kita hargai dan kita terus berusaha gigih untuk memperkukuhkannya. Saya sangat menghargai usaha Dr Al Tayyeb dan semua pihak yang menyemai sifat saling memahami dan toleransi di antara masyarakat kita," kata Encik Lee.



Semasa di sini, Sheikh Ahmed Al-Tayyeb mengunjungi para pemimpin agama dan masyarakat serta mendekati beberapa segmen masyarakat untuk membincangkan kehidupan beragama, pendidikan Islam dan etos antara agama di Singapura.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >