Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah izin guna rizab kali kedua bantu rakyat, niaga

May 25, 2020 | 05:34 PM



PRESIDEN Halimah Yakob hari ini menyatakan beliau telah memberi persetujuan secara prinsip bagi penggunaan rizab untuk kali kedua bagi pembentangan Belanjawan ke-4 oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, pada 3.30 petang semasa sidang Parlimen esok "sebagai tindak balas kepada Covid-19".



Berikut catatan beliau di Facebook hari ini.



"Saya yakin bahawa semua orang menantikan penyambungan semula aktiviti ekonomi dan sosial secara beransur-ansur apabila tempoh pemutus rantaian jangkitan berakhir pada 1 Jun ini. 



Kami berjaya mencapai kemajuan dalam mengawal penyebaran Covid-19 dalam lingkungan masyarakat kerana semua orang telah mengambil sikap bertanggungjawab mengamalkan kebersihan diri dan penjarakan sosial dengan serius.



Tetapi perang melawan Covid-19 masih belum selesai. Sedang kita bersiap-siap untuk beralih secara berperingkat selepas pemutus rantaian jangkitan, kita tidak boleh sambil lewa.



Banyak amalan baik seperti kebersihan diri yang baik mesti tetap menjadi cara hidup kita. 



Pemulihan ekonomi juga akan memakan masa, kerana dunia bergelut dengan keadaan baru. Kita harus bersikap realistik mengenai kecepatan di mana negara-negara di seluruh dunia melakukan penyesuaian terhadap cara perdagangan dan perniagaan dijalankan. 



Sementara itu, Pemerintah kita harus membantu perniagaan dan rakyat dalam mengharungi cabaran yang dihadapi, dan menyelamatkan pekerjaan.



Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dan pasukan Menterinya datang memberi taklimat kepada saya dan CPA minggu lalu mengenai pakej sokongan keempat sebagai tindak balas kepada Covid-19. 



Ini adalah Belanjawan keempat dalam dua bulan bagi tahun kewangan baharu, dan kali kedua rizab digunakan sebagai respons terhadap Covid-19. 



Sememangnya, krisis ini tidak pernah terjadi sebelumnya dan keadaannya terus berubah, dengan ketidakpastian yang ketara dalam ekonomi global. 



Nyawa dan kehidupan terus dipertaruhkan. 



Penting untuk kita buka semula ekonomi dengan selamat, biarpun aktiviti ekonomi bergerak perlahan sedang kita cuba menghidupkannya semula.



Setelah berbincang dan mempertimbangkan dan cadangan CPA, saya berpuas hati bahawa pakej sokongan keempat diperlukan untuk memastikan peralihan yang selamat bagi ke arah kehidupan yang baharu untuk Singapura. 



Oleh itu, saya secara prinsip telah memberikan sokongan bagi langkah-langkah yang dicadangkan untuk memanfaatkan rizab Pemerintah.



Perjuangan menentang COVID-19 akan mengambil masa yang lama. Tetapi saya percaya dengan ketabahan dan sokongan antara satu sama lain, kita dapat muncul lebih kuat di dunia baru ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >