Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Kekuatan berbeza penting bangunkan masyarakat gemilang

Mar 06, 2021 | 03:59 PM



MASYARAKAT perlu memanfaatkan kekuatan berbeza setiap individu untuk membangunkan sebuah masyarakat gemilang, kata Presiden Halimah Yacob.


Usaha membimbing belia merupakan satu cara untuk memupuk dan membangunkan potensi mereka, ujarnya.


Puan Halimah berkata demikian semasa berucap di majlis pelancaran buku Dialog Wanita Muda dalam Kepimpinan (YWILD) yang dinamakan Unprecedented – To the Beat of Her Own Drum di WeWork Funan pagi tadi.


Buku tersebut memaparkan kisah 20 wanita Melayu/Islam muda daripada pelbagai latar belakang yang mengharungi cabaran dan meraih kejayaan dalam pelbagai bentuk sepanjang kehidupan mereka.



Memuji usaha menghasilkan buku itu, Puan Halimah berkata kisah yang dipaparkan boleh membentuk budaya dan menurunkan nilai yang dikongsi bersama.


“Setiap kisah dalam buku ini berpotensi menggerak kan hati wanita muda dalam masyarakat untuk menjadi versi terbaik dirinya,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >