Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Kerja sukarela bantu relawan luas kemahiran, perspektif

Feb 18, 2022 | 05:30 AM



KERJA sukarela yang dilakukan relawan membantu mereka mempelajari kemahiran baru dan memperoleh perspektif segar, kata Presiden Halimah Yacob.



Dalam ucapannya dalam acara penghargaan untuk sukarelawan Istana semalam, Presiden Halimah berkata bahawa relawan Istana memainkan peranan penting dalam mendidik pengunjung mengenai sejarah dan warisan Istana serta kepelbagaian flora dan faunanya.



"Ramai antara anda telah berkongsi bahawa anda mendapati kesukarelawanan adalah satu pengalaman yang memperkayakan," kata Presiden Halimah.



"Selain mempelajari kemahiran baharu seperti menghadap kamera, anda berpeluang berinteraksi dengan orang ramai daripada pelbagai latar belakang, yang seterusnya membolehkan anda memperoleh perspektif baru.



"Saya berbesar hati untuk mengetahui bahawa sebahagian daripada anda telah melangkaui kesukarelawanan di satu pertubuhan sahaja dan telah menyertai pertubuhan sukarelawan lain juga," tambahnya.



Ini kali pertama acara penghargaan itu dianjurkan sejak pandemik Covid-19 bermula.



Kali terakhir diadakan pada 2018. Acara serupa telah dirancang pada 2020 tetapi terpaksa dibatalkan disebabkan pandemik.



Relawan yang hadir semalam termasuk daripada Galeri Warisan Istana (IHG), Lembaga Warisan Negara (NHB), Kor Belia Singapura dan Lembaga Taman Negara (NParks). Relawan-relawan itu berusia antara 85 dengan 10 tahun.



Puan Halimah berkata, sepanjang dua tahun lalu, Istana terpaksa mengurangkan aktiviti mereka, termasuk lawatan #OurIstana.



"Saya pasti ramai antara anda yang merindui interaksi secara bersemuka dengan pengunjung kami, terutamanya semasa Rumah Terbuka Istana di mana kami merasa bangga dapat membawa pengunjung melihat pelbagai jejak alam semula jadi dan bilik-bilik di bangunan utama Istana.



"Pandemik Covid-19 juga telah mengubah cara acara dijalankan. Saya bersyukur kerana sukarelawan kami menyahut cabaran baharu ini," katanya yang memuji sukarelawan di atas keupayaan mereka menyesuaikan diri, kebolehan yang pelbagai dan semangat mereka, terutama dalam menghadapi cabaran yang dibawa oleh wabak Covid-19.



Puan Halimah menambah sedang Istana telah memanfaatkan teknologi dalam usaha jangkauannya, beliau gembira kegiatan fizikal telah mula disambung secara perlahan dalam skala kecil.



Ini membolehkan sukarelawan mengadakan lebih banyak interaksi bersemuka dengan pengunjung.



"Baru minggu lalu, sukarelawan kami mengadakan lawatan ke Istana untuk sekumpulan kecil penerima bantuan. Ramai mendapati bahawa lawatan itu memperkaya dan memberi banyak maklumat. Sukarelawan kami yang berpengetahuan luas gembira dapat berkongsi sejarah dan warisan Istana yang kaya dengan penerima bantuan itu dan menjawab semua soalan mereka," kata Puan Halimah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >