Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH IBU TELADAN JAMIYAH

Presiden Halimah: Kesan pandemik pada wanita lebih drastik

Kaum Hawa perlu imbangi keperluan pekerjaan dan keperluan di rumah
Oct 24, 2021 | 05:30 AM



COVID-19 telah memberi kesan kepada masyarakat namun kesannya terhadap wanita adalah lebih drastik kerana wanita memikul tanggungjawab lebih besar di rumah.



Presiden Halimah Yacob berkata sedang lebih banyak kegiatan seperti pekerjaan dan penjagaan beralih secara dalam talian, golongan wanita kini perlu mengimbangi keperluan pekerjaan dan di rumah, selain menyesuaikan diri untuk kededua tugas pada masa yang sama.



Beliau berkata demikian semasa Anugerah Ibu Teladan (EMA) anjuran Jamiyah Singapura di hotel Stamford Swissotel, semalam.



"Sementara kami mengalu-alukan kerja hibrid sebagai satu hasil positif pandemik ini, kerana ia memberi kesempatan kepada wanita untuk terus bekerja dengan baik, kita juga perlu menyedari akan tekanan yang lebih besar akibat aturan kerja sedemikian.



"Ini kerana keseimbangan bekerja dan melaksanakan tugas di rumah susah dicapai," tambah Puan Halimah lagi.



Beliau menukil jurnal perubatan, The Lancet, yang melaporkan secara global bahawa Covid-19 telah menyebabkan peningkatan kegelisahan yang mendadak dan kemurungan, dan wanita mengalami nasib yang lebih teruk daripada lelaki.



"Untuk mengatasi situasi ini, penganjuran lebih banyak program untuk wanita tidak mencukupi.



"Kita perlu melihat perubahan pemikiran, sikap dan norma sosial yang ada penghormatan dan pemahaman tentang kedudukan wanita setaraf dalam masyarakat, dan bukan sahaja sebagai penyokong," tegas beliau lagi.



Tahun ini merupakan penyampaian EMA yang ke-28, dengan misi untuk menghormati ibu yang tidak mementingkan diri sendiri atas dedikasi dan ketabahan mereka dalam menghadapi cabaran hidup sambil menerapkan nilai baik kepada anak-anak mereka dan membina keluarga.



Bagi ibu berusia 40 tahun ke bawah Anugerah Ibu Teladan Muda (EYMA) yang ke-3 akan disampaikan.



Penerima anugerah utama Anugerah Ibu Teladan akan terima hadiah wang tunai sebanyak $6,000, piala dan perisai.



Seramai empat lagi finalis bagi Anugerah Ibu Teladan itu akan menerima $2,000 setiap seorang.



Pemenang Anugerah Ibu Teladan Muda pula akan menerima $2,000 dan piala malah baki finalis, $1,000.



Selain itu, seramai lima lagi calon ibu akan menerima anugerah $1,000 setiap seorang.



Dalam ucapannya, Presiden Jamiyah, Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, berkata:



"Anugerah ini mengiktiraf, meraikan dan mengetengahkan secara am peranan yang sukar diukur, sumbangan dan daya tahan yang dimainkan oleh ibu - muda dan tidak terlalu muda - bukan sahaja dalam kehidupan seharian mereka, tetapi dalam kehidupan orang lain."



Pengerusi Jamiyah Singapura Jabatan Wanita, Cik Aisah Osman, berkata beliau bersyukur acara ini masih dapat diteruskan walaupun dalam pertengahan pandemik ini.



"Tahun ini, kesemua finalis kami adalah ibu yang banyak cabaran namun mempunyai sikap yang sangat positif untuk menempuh masalah mereka. Saya teruja mendengar cerita mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >