Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Khidmat sosial perlu ubah operasi sejajar sekitaran lebih mencabar

Sep 17, 2021 | 05:30 AM



AGENSI Perkhidmatan Sosial (SSA) harus mengubah cara mereka beroperasi dan menawarkan khidmat mereka sedang masalah sosial kini menjadi lebih rumit, kata Presiden Halimah Yacob.



Isu ini telah wujud sebelum Covid-19 ini, namun pandemik ini telah mempercepatkan trend ini, tambah beliau.



Puan Halimah berkata demikian dalam ucapannya semasa program kepimpinan 40-Bawah-40 (40 pemimpin di bawah usia 40 tahun) anjuran Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan (NCSS) semalam.



"Sedang masyarakat membangun, begitu juga dengan keperluan pengguna perkhidmatan kami.



"Untuk mengikuti perubahan ini, sektor perkhidmatan sosial harus mengubah cara mereka beroperasi dan memberikan perkhidmatannya.



"Agensi Perkhidmatan Sosial kita perlu sedar pentingnya bersikap tangkas dalam bertindak balas terhadap persekitaran kita yang cepat berubah," kata Puan Halimah.



Program hibrid tiga hari, yang bermula kelmarin itu bertujuan untuk membangun masyarakat pemimpin muda yang diperkasa untuk bekerjasama membentuk masa depan sektor berkenaan, sambil memanfaatkan hubungan yang baru dalam membuat perubahan di agensi dan sektor mereka.



Peserta telah dicalonkan oleh agensi perkhidmatan sosial, perusahaan sosial dan pertubuhan daripada sektor awam dan swasta.



Mereka juga diberi peluang berinteraksi dan belajar dalam sesi dialog tertutup dengan beberapa pemimpin negara seperti Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dan Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin.



Puan Halimah turut menggesa pemimpin muda dari sektor perkhidmatan sosial untuk meneroka peluang perkongsian baru antara agensi atau antara sektor, yang akan mewujudkan sinergi dan boleh memanfaatkan lebih ramai pengguna perkhidmatan.



Menurut beliau dengan keperluan pengguna kian menjangkaui perkhidmatan yang boleh diberikan oleh sebuah SSA, justeru perlu adanya peralihan kepada pendekatan yang lebih kolaboratif dalam menyediakan perkhidmatan sosial.



Dalam pada itu, terdapat juga keperluan mendesak untuk bekerjasama dan mengambil pendekatan berpusatkan sistem untuk menangani cabaran masyarakat, disebabkan sumber yang lebih padat, tambah Puan Halimah.



"Oleh itu, penting bagi SSA untuk mencari kerjasama strategik dengan korporat dan agensi sektor awam untuk mewujudkan kesan positif di peringkat nasional.



"Pemimpin di sektor awam, swasta dan orang ramai mesti bekerjasama untuk mencari jalan kesinambungan untuk memperkukuhkan ekosistem perkhidmatan sosial kita," ujarnya.



Puan Halimah turut menarik perhatian mengenai penjagaan diri dalam kalangan pemimpin sektor perkhidmatan awam.



Beliau berkata dengan peningkatan permintaan untuk perkhidmatan sosial sepanjang tempoh pandemik ini, kakitangan perkhidmatan sosial telah bekerja dengan lebih keras dan mungkin mengalami keresahan dan kemurungan.



Puan Halimah berkata: "Sementara kita cuba membantu dan menjaga orang lain, penting untuk kita juga menjaga diri sendiri.



"Kita harus saling menjaga dan mendorong mereka yang memerlukan pertolongan untuk mendapatkan khidmat yang diperlukan seperti kaunseling.



"Sebagai pemimpin muda di dalam sektor ini, saya menggesa anda untuk membina budaya ini di dalam organisasi anda."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >