Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah lahir harapan ibadah korban diadakan semula di masjid

Jul 10, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob (gambar) berharap setelah dunia bebas daripada wabak Covid-19 dan keadaan kembali tenang semula, masjid setempat dapat menyambung semula upacara penyembelihan kambing korban.



Dalam catatannya di Facebook semalam, Puan Halimah berkata:



"Setiap tahun ramai juga melakukan ibadah korban, suatu ibadah yang penting bagi umat Islam.



"Penglibatan dalam ritual penyembelihan kambing di masjid- masjid, yang juga merupakan satu peluang bagi ibu bapa menerangkan dengan rapi kepada anak anak mereka ertinya pengorbanan dalam Islam, tidak dapat di lakukan tahun ini.



"Ia dilakukan di Australia dan daging yang dibekukan akan dibawa masuk bagi mereka yang melakukan ibadah korban.



"Saya berharap bahawa setelah kita bebas dari Covid-19 dan keadaan tenang semula, dapatlah masjid-masjid memulakan semula penyembelihan kambing korban."



Dalam catatannya itu, beliau berkata strata kelas, status sosial, kekayaan, kaum dan kewarganegaraan yang kerap kali memisahkan manusia dalam interaksi seharian tidak lagi membezakan individu ketika mengerjakan haji.



Ia adalah pengalaman cukup merendahkan hati dengan pengalaman mengerjakan haji buat kali pertama adalah sesuatu yang payah dilupakan.



"Bagi umat Islam, ibadah haji adalah satu tuntutan agama yang perlu dilaksanakan sekali dalam seumur hidup. Ia biasanya dijalani selepas berbulan membuat persiapan terperinci dan memahami ritual agama dan bagi memperkukuh kerohanian seseorang dalam mengharungi perjalanan ini," jelas Puan Halimah lagi.



Beliau juga berdoa agar semua jemaah haji Singapura selamat pulang ke tanah air dalam keadaan sihat dan berjaya mendapat haji mabrur.



Seramai 900 jemaah Singapura berada di Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang berada di Tanah Suci pula berkata Hari Raya Haji adalah sambutan bermakna buat umat Islam serata dunia.



"Ia mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan dan menggalak kita agar mendakap semangat memberi dengan menolong golongan memerlukan," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >