Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah lancar acara galak masyarakat rai Hari Kebangsaan melalui sukan

Aug 03, 2019 | 01:00 PM



ACARA yang bertujuan untuk mengumpulkan individu dari pelbagai lapisan masyarakat untuk sama-sama meraikan Hari Kebangsaan melalui sukan dilancarkan hari ini. 



Get Active! Singapore (GASG) 2019 itu telah dilancarkan oleh tetamu terhormat acara itu, Presiden Halimah Yacob hari ini. 



Presiden Halimah bersama Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Cik Grace Fu telah menyertai seramai 2,000 sukarelawan Team Nila dan rakan kongsi lain untuk membentuk jantung manusia setinggi 40 meter dan seluas 50 meter. 





Bentuk tersebut menggambarkan tumpuan GASG 2019 terhadap keprihatinan terhadap orang lain, memikirkan tentang masyarakat, dorongan antara satu sama lain dan usaha membina masyarakat yang kohesif. 



Semasa pelancaran tersebut, Puan Halimah berkata: 

“Masyarakat yang penyayang merupakan matlamat yang ingin dicapai semua negara, tetapi merupakan sesuatu yang hanya boleh dicapai apabila setiap daripada kita memainkan peranan. 



“Saya gembira GASG 2019 meletakkan visi bersama masyarakat harmoni ini sebagai matlamat mereka, dengan anggota yang penyayang serta negara yang yakin (yang dibina) melalui sukan.” 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >