Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah lancar buku kanak-kanak sempena ulang tahun ke-150 Istana

Oct 03, 2019 | 05:55 PM



PRESIDEN Halimah Yacob menghadapi soalan bertubi-tubi oleh para pelajar Sekolah Rendah Greenwood yang ghairah ingin tahu tentang Istana, semasa pertemuan pertama beliau dengan 37 murid daripada sekolah tersebut pada Khamis (3 Oktober).



Antara soalan yang diterimanya ialah daripada seorang pelajar lelaki ialah sama ada terdapat serangga di Istana, justeru Puan Halimah menjawab "terdapat banyak spesies" dan terdapat juga rama-rama dan burung.



Puan Halimah berada di sekolah itu untuk melancarkan sebuah siri buku kanak-kanak sempena ulang tahun Istana yang ke-150 tahun ini. 

Ia merupakan kali pertama Pejabat Presiden menugaskan penerbitan buku kanak-kanak.



Berjudul ‘Istana Open House Adventures’, tiga buku itu membentangkan fakta dan sejarah mengenai Istana, dari sudut pandangan empat kanak-kanak.



Di sekolah tersebut, Puan Halimah membacakan petikan daripada buku pertama, ‘The Hidden History of the Istana’. Dua lagi buku dalam siri tersebut ialah ‘The Living Memories of the Istana’ dan ‘The Curious Sounds of the Istana’.



Puan Halimah juga menyampaikan satu set buku tersebut kepada sekolah itu, dan satu lagi set diberikan kepada Kementerian Pendidikan (MOE).



Pejabat Presiden juga akan menderma satu set buku itu kepada semua sekolah rendah di Singapura. Buku-buku itu juga boleh didapati di kedai buku utama dari 11 Oktober pada harga $15. 



Hasil bersih daripada penjualan buku itu akan disumbangkan kepada Cabaran President.



Bercakap kepada media, Puan Halimah berkata: "Saya berharap kanak-kanak ini akan membawa pulang cerita yang telah mereka baca dan berbual bersama keluarga dan rakan-rakan serta guru-guru.



“Saya rasa ia penting untuk memulakan perbualan tentang keadaan kami di Singapura, (tentang) sejarah kami. Perbualan semacam itu akan menggalak pemahaman lebih mendalam berkaitan cabaran yang kita hadapi. "





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >