Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah lancar kafe kendalian pelajar di sekolah Minds

Jul 01, 2022 | 05:30 AM



SEKOLAH Persatuan Golongan Kurang Daya Intelek Singapura (Minds) Woodlands Garden di Woodlands Ring Road telah melancarkan sebuah kafe kendalian pelajar yang boleh memberi pengalaman pembelajaran dunia sebenar kepada para pelajarnya dalam persekitaran selamat, sebagai persediaan memasuki pasaran pekerjaan.



Ia dilancarkan Presiden Halimah Yacob, yang mengunjungi sekolah itu semalam sebagai sebahagian daripada penglibatan masyarakatnya.



Kafe itu, yang dinamakan Mama Espresso, ialah sebuah platform oleh Minds Woodlands Garden yang menyediakan rangkaian perkhidmatan holistik bagi memperkasa golongan kurang daya intelek dan meningkatkan mutu kehidupan mereka.



Minds salah satu daripada empat Sekolah Pendidikan Khas (Sped) yang menyertai program perintis sekolah-ke-kerja (S2W) pada 2014, yang membolehkan peralihan lancar bagi pelajar dari sekolah ke pasaran pekerjaan apabila berusia 18 tahun.



Ini adalah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan SG Enable.



Menerusi program itu, pelajar yang mempunyai potensi bekerja akan dikenal pasti dan dipadankan dengan latihan atau laluan pekerjaan sesuai, berdasarkan kekuatan dan minat mereka.



Ini termasuk kerja membuat kopi, sebagai tukang kebun atau kerja pembersihan dan lain-lain.



Pengetua sekolah Minds Woodlands Garden, Encik Lawrence Chong, beliau berkata program itu mendapat sambutan sangat positif dengan 95 peratus pelajar sekolah itu berjaya mengekalkan pekerjaan melalui program tersebut.



"Mama Espresso, yang disediakan Minds, adalah antara platform untuk melatih pelajar kurang daya intelek bersikap lebih berdikari, terutama menerusi pembelajaran celik wang.



"Antara lain, ia dapat membina keyakinan mereka dalam kemahiran berkomunikasi, perkhidmatan pelanggan dan pada masa sama memberi peluang kepada pelajar belajar cara membuat kopi sebagai seorang barista," kata Encik Chong semasa ditemui Berita Harian.



Antara pelajar itu ialah Muhammad Haikal Muhammad Nasir, 16 tahun, yang gemar membuat kopi dan meminati seni kopi.



"Saya seronok belajar buat kopi dan ia tidak susah. Kalau boleh, saya ingin bekerja di sebuah kafe pada masa depan," ujar anak sulung daripada dua adik-beradik itu, yang menunjukkan bakatnya dalam seni kopi semasa lawatan Puan Halimah.



Mengulas tentang kunjungannya, Puan Halimah berkata: "Saya gembira kerana dapat melihat inisiatif sedemikian, yang memperkasa golongan berkeperluan khas.



"Marilah kita terus menyokong mereka supaya mereka mencapai potensi sepenuhnya agar dapat bersepadu dengan baik dalam masyarakat kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >