Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah lancar kempen anti dadah SANA

Jun 30, 2018 | 07:35 PM



PRESIDEN Halimah Yacob melancarkan kempen pertama Persatuan Anti-Narkotik Singapura (SANA) dalam satu majlis di Kelab Masyarakat Sengkang hari ini (30 Jun).



Kempen yang dinamakan 'Bangkit - Mengatasi pengaruh’ itu antara lain melibatkan pelajar, anggota keluarga bekas pesalah dadah dan bekas pesalah dadah yang telah berjaya membuang tabiat itu.



Sebagai sebahagian pelancaran kempen tersebut, SANA turut memperkenalkan beberapa daya usaha baru.



Ini termasuk merekrut 100 bekas pesalah dadah yang telah berjaya membuang tabiat itu dan melatih mereka agar dapat mendekati bekas pesalah lain yang memerlukan bantuan dan berkongsi panduan dengan orang ramai bagaimana menjauhi pengaruh negatif.



Puan Halimah yang juga penaung Sana berkata beliau terdorong mendengar tentang daya usaha itu.



“Semestinya ia bukan perkara yang mudah untuk mendedahkan kesalahan anda, kehilangan anda, jerit payah anda.



“Namun, kisah anda akan membantu generasi seterusnya untuk membuat keputusan yang betul iaitu dengan tidak mendekati dadah,” katanya semasa menyampaikan ucapan di majlis pelancaran kempen tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >