Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah lantik empat lokasi lain bagi sidang Parlimen termasuk di NTUC Centre

May 22, 2020 | 11:19 PM



PARLIMEN kini boleh bersidang di empat lokasi lain bagi tempoh selama enam bulan akan datang selepas Presiden Halimah Yacob melantik tempat-tempat tersebut pada Jumaat (22 Mei).



Empat lokasi itu adalah Arts House di Old Parliament Lane, The Treasury di High Street, Civil Service College di North Buona Vista Road, dan NTUC Centre di Marina Boulevard, lapor The Straits Times (ST).



Tempat-tempat itu sekarang boleh mengadakan sidang Parlimen dari hari Jumaat hingga 20 November, setelah Presiden membuat pengumuman dalam Warta Pemerintah pada hari yang sama.



Pengumuman itu dibuat setelah rang undang-undang diluluskan awal bulan ini untuk meminda Perlembagaan agar Dewan dapat bertemu di beberapa lokasi jika diperlukan, ekoran pandemik Covid-19.



Puan Halimah memberikan persetujuan untuk pindaan perlembagaan pada 15 Mei.



Anggota Parlimen telah diberitahu mengenai lokasi baru itu pada awal hari Jumaat.



Mereka yang bercakap dengan akhbar The Straits Times mengatakan bahawa lokasi tersebut tidak akan digunakan untuk persidangan Parlimen yang akan datang pada hari Selasa. – ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >