Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah lawat badan amal sediakan rawatan bersepadu bagi warga emas

Feb 09, 2022 | 05:30 AM



SATA CommHealth, pertubuhan penjagaan kesihatan amal, menerima $250,000 daripada Cabaran Presiden tahun lalu untuk memulakan program rawatan bersepadu perintis untuk warga emas.



Program perintis yang dinamakan Strong Bones - Osteoporosis and Fall Prevention, telah diperkenalkan tahun lalu untuk menawarkan rawatan kepada warga emas yang mengalami masalah osteoporosis dan mobiliti, lapor The Straits Times semalam.



Walaupun Sata CommHealth menawarkan perkhidmatan saringan untuk osteoporosis sejak 2011, ia adalah perkhidmatan yang berdiri sendiri, menyebabkan kesukaran bagi pesakit untuk menerima rawatan penuh.



Pesakit boleh mendapatkan pemeriksaan ketumpatan tulang di sana, tetapi perlu pergi ke penyedia perkhidmatan perubatan yang lain untuk fisioterapi dan sokongan lain.



Dengan pembiayaan daripada Cabaran Presiden, pertubuhan itu dapat menawarkan program saringan hujung ke hujung hingga kepada program pemulihan bagi pesakit sejak November lalu.



Encik Sherman Chan, pengarah dan ketua program masyarakat di Sata CommHealth, berkata:



"Sejak kami menerima pembiayaan daripada Cabaran Presiden, kami dapat menggaji kakitangan khusus sepenuh masa untuk program ini."



"Ini membolehkan kami membiayai beberapa kos yang diperlukan bagi program ini, yang bertujuan menangani masalah yang semakin mendesak, disebabkan penduduk Singapura yang semakin tua."



Menurut Jawatankuasa Menteri Mengenai Penuaan, satu daripada empat penduduk di Singapura akan berusia lebih 65 tahun ke atas pada 2030.



Cik Salmah Maon, 80 tahun, yang sedang menjalani pemulihan selepas jatuh baru-baru ini, berkata program Sata CommHealth berkesan untuknya.



"Dengan program latihan, saya kini boleh berjalan lebih jauh dan menjadi lebih berdikari."



Sebagai sebahagian daripada usaha mendekati masyarakat, Presiden Halimah Yacob melawat ibu pejabat pertubuhan itu di 351 Chai Chee Street pagi semalam untuk melahirkan rasa berterima kasihnya kepada pertubuhan itu serta kakitangan barisan hadapannya.



Dalam catatan Facebook semalam, Puan Halimah mengucapkan terima kasih kepada pertubuhan itu, dan berkata beliau "amat berbesar hati" mengetahui bahawa Sata CommHealth memberi perkhidmatan kepada pesakit di pusat perubatannya, termasuk warga emas dan mereka yang terdedah dalam masyarakat, sebagai sebuah pertubuhan penjagaan kesihatan amal.



"Saya berharap untuk melihat lebih banyak pertubuhan amal sebegitu yang berusaha keras untuk memberi kesan kepada masyarakat dan memperbaiki kehidupan."



Cabaran Presiden tahun lalu mengumpul lebih $13 juta, yang diagihkan kepada pelbagai agensi bagi menangani isu-isu masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >