Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah lawat Filipina sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik S'pura-Filipina

Sep 08, 2019 | 12:52 PM



PRESIDEN Halimah Yacob kini berada di Filipina dalam satu lawatan rasmi lima hari atas undangan Presiden Filipina, Encik Rodrigo Roa Duterte.



Lawatan dari hari ini hingga Khamis depan (12 Sept) itu dilakukan sempena memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Singapura dengan negara itu tahun ini.



Semasa di sana, beliau akan melawat ibu kota negara itu, Manila, dan juga Bandar Davao di Mindanao.



Di Manila, Puan Halimah akan disambut dengan upacara istiadat (ceremonial welcome) dan bertemu dengan Encik Duterte di Istana Malacañang – kediaman dan pejabat rasmi Presiden Filipina – serta menjamu selera dalam satu jamuan malam.



Antara lain, beliau akan bertemu dengan anggota Majlis Perniagaan Filipina-Singapura (PSBC).



Beliau juga akan menyaksikan pembukaan bangunan pejabat Podium Office Tower – iaitu satu projek bersama Keppel Land dan konglomerat Filipina, SM Group - yang merupakan sebahagian daripada pusat beli-belah The Podium di Pusat Ortigas dalam pusat kawasan bandar (CBD) Metro Manila.



Puan Halimah juga akan mengunjungi acara pop-up gaya hidup dan makanan Singaporium anjuran Enterprise Singapore (ESG) di pusat beli-belah itu, di mana 17 syarikat Singapura termasuk Jumain Sataysfaction dan Stuff’d Ventures akan menjual produk mereka.



Di Bandar Davao pula, beliau akan makan malam bersama mayor bandar itu, Cik Sara Duterte-Carpio, yang juga merupakan anak Encik Duterte.



Puan Halimah juga akan mengadakan lawatan ke Pusat Helang Filipina, rumah kepada helang Filipina yang spesiesnya terancam kritikal.



Di samping itu, beliau akan mengongsi pengalaman Singapura dalam memupuk keharmonian silang agama dan perpaduan sosial dengan sekumpulan belia di Institut bagi Identiti dan Dialog Islam di Asia Tenggara Al-Qalam, Universiti Ateneo de Davao, dalam satu sesi dialog.



Lawatan beliau itu turut disertai Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Kewangan merangkap Pendidikan, Cik Indranee Rajah; Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan), Dr Koh Poh Koon; Anggota Parlimen – Encik Liang Eng Hwa, Encik Sitoh Yih Pin dan Cik Cheng Li Hui; dan pegawai Pejabat Presiden, Kementerian Ehwal Luar (MFA), Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) serta Kementerian Kewangan (MOF).



Rombongan perniagaan yang diatur Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) juga akan mengunjungi negara itu sempena lawatan rasmi Presiden itu.



Semasa ketiadaan Presiden Halimah, Pengerusi Majlis Penasihat Presiden, Encik Eddie Teo, akan menjalankan tugas Pejabat Presiden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >