Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah lawat Indonesia

Feb 01, 2020 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob akan membuat lawatan negara ke Indonesia dari 3 Februari hingga 6 Februari ini, atas undangan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo.



Ini ialah lawatan negara pertama Puan Halimah ke Indonesia yang bertujuan memperkukuh hubungan yang saling memanfaatkan antara Singapura dengan Indonesia.



Puan Halimah akan memulakan lawatannya di Jakarta, dan akan berada di sana dari 3 Februari hingga 5 Februari, kata kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).



Beliau akan menerima sambutan istiadat di Istana Bogor dan bertemu dengan Presiden Joko Widodo, yang turut akan mengadakan jamuan negara bagi Puan Halimah.



Puan Halimah juga dijadual menemui Naib Presiden Ma'ruf Amin dan bakal meletakkan lingkaran bunga di Makam Pahlawan Kalibata, yang merupakan adat lawatan negara ke Indonesia.



Presiden juga akan meninjau projek Yayasan Antarabangsa Singapura tentang terapi kerja bagi kanak-kanak berkeperluan khas serta melihat program latihan Industri 4.0, yang dianjurkan di bawah Memorandum Persefahaman antara Politeknik Singapura dan Kementerian Industri Indonesia.



Puan Halimah juga akan bertemu dengan masyarakat warga Singapura di Indonesia serta berbicara dengan pemimpin perniagaan dari Singapura dan Indonesia serta tokoh silang agama Indonesia.



Di Yogyakarta, Puan Halimah akan bertemu dan bermakan malam dengan Gabenor Yogyakarta, Sri Sultan Hamengkubuwono X.



Presiden juga akan mengadakan dialog bersama pelajar Universiti Gadjah Mada, dan melawat BLOCK71@Yogyakarta, satu masyarakat inkubasi start-up yang ditubuhkan oleh NUS Enterprise bersama Salim Group.



Puan Halimah akan ditemani suami Encik Mohamed Abdullah Alhabshee; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu; Menteri Negara (Sosial dan Pembangunan Keluarga merangkap Ehwal Luar), Encik Sam Tan; Anggota Parlimen (AP) Cik Jessica Tan, Encik Saktiandi Supaat dan Encik Ang Wei Neng, berserta pegawai Pejabat Presiden, MFA, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, serta Enterprise Singapore.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >