Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah lawat RSN, naik kapal utiliti laju

Apr 13, 2019 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob telah meninjau RSS Singapura Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) di Pangkalan Tentera Laut Changi, semalam.



Semasa kunjungan itu, Presiden Halimah dan suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, telah melawat Kapal Tanki Endurance-class RSS Endeavour dan meninjau pangkalan tentera laut itu dengan menaiki kapal utiliti laju.



Beliau juga telah diterangkan mengenai keupayaan RSN, operasi yang disertai RSN dan bagaimana kapal perang RSN melindungi perairan Singapura. Puan Halimah dan suami diiringi Ketua Tentera Laut Rear-Admiral Lew Chuen Hong dan Ketua Pasukan Pertahanan Leftenan-Jeneral Melvyn Ong semasa kunjungan tersebut.



Beliau juga telah beramah mesra dengan pegawai RSN yang mengambil bahagian dalam misi di Bahrain serta mereka yang terlibat dalam rondaan di Selat Singapura.



Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa Puan Halimah telah memuji kewaspadaan, dedikasi dan komitmen kakitangan RSN terhadap pertahanan negara.



“Beliau menekankan pentingnya RSN kepada keamanan dan kemakmuran Singapura dengan melindungi perhubungan laut dan melindungi keselamatan maritim kami,” katanya.



Semasa acara itu, Komander Kapal, Kolonel Aaron Beng, telah menyerahkan cek $50,000 yang dikumpul inisiatif RSN Charity Heartstrings tahun lalu kepada sekretariat Cabaran Presiden, Cik Ivy Fong.



Sebagai sebahagian daripada Cabaran Presiden, RSN mengumpulkan dana bagi mereka yang kurang bernasib baik melalui sumbangan dari Anggota Perkhidmatan Negara Kerahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >