Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah luluskan keluar $11b rizab lalu bagi Bajet

Mar 17, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob semalam secara rasmi meluluskan pengeluaran hingga $11 bilion daripada rizab lalu untuk membiayai langkah-langkah yang diperlukan bagi memerangi Covid-19, dengan mengatakan ini akan membolehkan Singapura menyokong pekerja dan perniagaan sedang ia berusaha membuka semula secara selamat di tengah-tengah pandemik itu.



Beliau memberi persetujuannya bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 untuk menyokong belanjawan Pakej Berdaya Tahan Covid-19.



Ini tahun kedua berturut-turut pemerintah mengeluarkan wang daripada rizab lalu.



"Ini akan membolehkan kita menjaga kesihatan awam dan membuka semula negara dengan selamat, serta menyokong pekerja, perniagaan dan sektor ekonomi kita yang terjejas paling teruk," kata Puan Halimah dalam satu catatan Facebook.



Puan Halimah berkata sebelum itu beliau berunding dengan Majlis Penasihat Presiden, dan menimbangkan maklumat yang diberi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, dan rakan-rakan di Kementerian Kewangan semasa taklimat terperinci Belanjawan 2021 diberi kepadanya.



"Ini kali pertama kita menggunakan rizab lalu dalam dua tahun kewangan berturut-turut. Menangani pandemik berskala seperti ini memerlukan lebih banyak sumber untuk mengurangkan kejatuhan ekonomi kita.



"Untungnya bagi kita, kerangka simpanan kita menyediakan peruntukan bagi memanfaatkan rizab lalu dalam senario seperti itu, hingga pemerintah dapat membuat keputusan tepat dalam meredakan impak pandemik terhadap rakyat kita.



"Walaupun keadaan masih tidak menentu, saya yakin jika kita terus bersatu, Singapura akan dapat menghadapi krisis ini dengan lebih kuat dan bersedia bagi masa depan," kata beliau.



Tahun lalu, pemerintah memperuntuk hampir $100 bilion - termasuk hingga $52 bilion daripada rizab - menerusi lima belanjawan bagi membiayai langkah sokongan Covid-19 yang bertujuan memelihara pekerjaan, menyokong syarikat dan membantu pekerja terjejas.



Menurut ramalan awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura dijangka menguncup 5.8 peratus bagi 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >