Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Maklumat palsu galak pengganasan di media sosial jadi keprihatinan

Feb 22, 2021 | 05:30 AM



ANCAMAN ekstremisme dan radikalisasi boleh menjejas perpaduan dan memecahbelahkan masyarakat, dengan penyebaran maklumat salah dalam media sosial terus menjadi satu keprihatinan, terutamanya semasa pandemik Covid-19 di mana ramai orang meluangkan lebih banyak masa dalam talian.



Oleh itu, adalah penting bagi Singapura terus berwaspada dan proaktif dalam usaha menangani ancaman sedemikian, dan meneruskan usaha dalam mendekati satu sama lain, kata Presiden Halimah Yacob.



Memberi ucapan semasa majlis pelancaran Program Duta Roses of Peace 2021 dan pembukaan rasmi siri dialog antara agama 'Faithfully Yours' di Hotel Amara semalam, beliau berkata perpaduan sosial merupakan asas keamanan dan keharmonian Singapura, dan ini telah dibina dengan teliti dan sengaja selama berdekad lamanya kerana ia penting bagi kehidupan negara ini.



"Kita telah lihat di dunia bagaimana ancaman seperti ekstremisme dan radikalisasi sendiri boleh menjejas perpaduan ini dan memecahbelahkan masyarakat. Baru-baru ini, kita telah mendengar tentang kes seorang warga Singapura berusia 16 tahun yang ditahan selepas merancang menyerang orang Islam di dua masjid di sini.



"Kejadian ini menunjukkan betapa berleluasanya ideologi ekstremis boleh menjadi, terutamanya dalam zaman media sosial hari ini dan penyebaran maklumat salah dan bagaimana mereka buta terhadap agama, bangsa, jantina dan usia," kata Puan Halimah.



Malah, beliau berkata golongan muda lebih mudah terpengaruh seperti dilihat dalam kes Muslim muda yang menjadi radikal menerusi Internet baru-baru ini.



Dengan pengalaman kehidupan yang terhad dan cabaran yang dihadapi dalam keluarga ataupun hubungan, Puan Halimah berkata mereka mungkin lebih mudah terpengaruh dengan pandangan ekstrem yang mereka secara salahnya rasa dapat memberikan mereka rasa tujuan dan kekitaan.



Maklumat salah yang disebarkan melalui media sosial pula memutarbelitkan kebenaran, dengan Puan Halimah berkata ia menyebabkan timbulnya kecurigaan dan kesangsian serta melahirkan kebencian terhadap orang lain yang berbeza daripada mereka.



Sekiranya maklumat salah ini dibiarkan tanpa disekat, ia akan mengikis kepercayaan dan keyakinan dalam masyarakat serta boleh memecahbelahkan negara.



Puan Halimah berkata Singapura tidak imun terhadap apa yang berlaku di negara lain di dunia, dengan kebangkitan ekstremisme kulit putih di Barat, dan sikap tidak bertoleransi yang ditimbulkannya terhadap orang yang berlainan daripada mereka telah memecahbelahkan masyarakat secara mendalam.



Oleh itu, beliau berkata titik permulaan bagi negara ini untuk melindungi diri daripada "kebencian dan racun" sedemikian adalah untuk bijak menilai maklumat dan mencari kebenaran daripada sumber berdasarkan fakta.



Tidak sekadar cukup bergantung pada inisiatif oleh pemerintah, Puan Halimah turut menekankan keperluan bagi lebih banyak usaha dalam masyarakat untuk menyokong program nasional dan masyarakat dalam mengatasi ancaman dan cabaran baru.



Walaupun usaha semasa untuk membina perpaduan patut dipuji, Puan Halimah berkata terdapat skop untuk mendekati masyarakat secara lebih mendalam dan bermakna.



Ini sementara menyedari sepenuhnya bahawa terdapat beberapa kepercayaan dan prinsip yang dipegang kuat setiap agama sehingga akan menjadi terlalu mudah untuk berfikir bahawa ia boleh diatasi menerusi perbincangan terbuka saja.



"Dalam situasi seperti ini, adalah penting bahawa kita memberi tumpuan pada bidang umum di mana kerjasama dan persefahaman dapat dilaksanakan demi kepentingan kebaikan umum, keamanan dan keharmonian dan dalam konteks tempat kehidupan kita," kata beliau.



Laporan lanjut: Belia boleh main peranan bina perpaduan sosial masyarakat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >