Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Manfaatkan teknologi untuk sambut Hari Raya tahun ini; harap masyarakat Islam dapat terus bersikap bertanggungjawab

May 23, 2020 | 11:29 AM



MESKIPUN sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun akan terasa berbeza tanpa kunjungan keluarga dan sanak-saudara, namun masyarakat Islam di Singapura tidak harus membiarkan ia melemahkan kegembiraan dan makna sebenar sambutan ini.



Sebaliknya, mereka boleh memanfaatkan penggunaan teknologi untuk kekal berhubung antara satu sama lain.



Demikian kata Presiden Halimah Yacob dalam satu catatan di Facebook hari ini (23 Mei).



“Saya faham bagaimana perasaan anggota masyarakat Islam tanpa perjumpaan keluarga dan lawatan tahun ini.



“Kita boleh menggunakan teknologi untuk terus berhubung dan menyambut perayaan ini bersama, walaupun terpaksa berjauhan.



“Ada di antara kita yang telah membuat rancangan untuk menganjurkan Rumah Terbuka secara dalam talian untuk menyambut tetamu sambil memakai baju tradisional yang sepasang selain menikmati hidangan Hari Raya sebagai satu keluarga menerusi sidang video,” kata Puan Halimah yang turut akur sedang merindui cucu tersayang yang belum ditemui sejak beberapa minggu lalu. 



Dalam pada itu, Puan Halimah turut memuji sikap masyarakat Islam di sini yang telah berjaya  menjalankan tanggungjawab sebagai warga Singapura, dengan memastikan langkah keselamatan dipatuhi sepanjang mereka menjalani ibadah puasa.



Namun begitu, beliau berharap dalam suasana bergembira, masyarakat Islam di sini dapat terus mengambil langkah berjaga-jaga dan bertanggungjawab walaupun setelah tempoh pemutus rantaian jangkitan di sini dilonggarkan pada 1 Jun nanti.



“Saya berharap kita dapat mencegah gelombang kes jangkitan kedua, seperti yang kita lihat berlaku di negara lain,” ujarnya sambil mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua masyarakat Islam di Singapura. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >