Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Masanya sudah tiba bagi S'pura pertingkat usaha bincang pentingnya perpaduan kaum

Jun 10, 2021 | 03:53 PM



PRESIDEN Halimah Yacob berkata masanya sudah tiba untuk mendalami lagi usaha membincangkan pentingnya perpaduan dan bagaimana mencapai masyarakat yang benar-benar berbilang kaum dan berbilang agama.



Merujuk kepada beberapa insiden berbaur kebencian dan fahaman sempit melibatkan tindak-tanduk sesetengah warga Singapura baru-baru ini, Puan Halimah dalam catatan Facebook pada Khamis (10 Jun) bertanya apakah ini peristiwa yang sekali sahaja berlaku atau menggambarkan masalah lebih besar. 



"Paparan sebegini sangat menyakitkan hati kerana kita fikir kita telah lakukan banyak usaha bagi melindungi perpaduan sehinggalah kita digenjotkan daripada kepercayaan kita. Ketakutan terbesar kita ialah bagaimana prasangka sebegini akan menjejas anak muda kita dan mempengaruhi minda mereka," kata Puan Halimah.



Beliau menekankan bahawa undang-undang tidak dengan sendirinya menghentikan kejadian sebegini daripada meningkat.



Puan Halimah menambah, Singapura mungkin perlu berdepan dan menilai semula beberapa kebenaran yang perit tentang diri kita dan kepercayaan kita. Ia mungkin pahit untuk ditelan tetapi ia merupakan perjalanan yang perlu dilalui setiap warga Singapura, tambah beliau.



Menurutnya lagi, penggunaan media sosial dan pandemik Covid-19 yang berlarutan adalah faktor yang menyumbang yang mungkin menutupi isu sebenar.



Sejak akhir-akhir ini, beberapa kejadian menarik perhatian dan perbincangan dalam kalangan orang awam termasuk menteri dan Anggota Parlimen.



Salah satunya termasuk video tular hujung minggu lalu tentang lelaki Cina yang melontar kata-kata berbaur perkauman terhadap sepasang kekasih yang berbeza kaum.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >