Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Masyarakat Islam harungi wabak dengan baik

May 03, 2022 | 05:30 AM



MASYARAKAT Islam setempat boleh berbangga kerana telah mengharungi wabak Covid-19 dengan baik di samping telah mempelajari banyak pengajaran berharga.



Menyatakan demikian sempena ucapan Hari Raya Aidilfitri yang jatuh hari ini (3 Mei), Presiden Halimah Yacob berkata pelonggaran sekatan Covid-19 menawarkan permulaan baik bagi perayaan tahun ini.



"Sebagai satu masyarakat, kita boleh berbangga kerana kita telah mengharungi wabak ini dengan baik, dan dalam proses itu juga telah mempelajari pengajaran berharga.



"Pertama, wabak itu menguatkan perpaduan dan tekad kita untuk menyokong golongan yang memerlukan.



"Selain Muis (Majlis Ugama Islam Singapura), masjid dan pelbagai pertubuhan Melayu/Islam, individu juga turut serta menjalankan peranan mereka, seperti Encik Asanul Fariq Sani dan isterinya Cik Norhasyimah Awaludin yang menyediakan barangan runcit percuma kepada golongan memerlukan dari rumah Tampines mereka setiap hari.



"Amalan baik sebegini mendekatkan kita kepada erti sebenar iman kita," ujar beliau dalam satu catatan di Facebook semalam. (2 Mei)



Puan Halimah berkata masyarakat Islam juga kekal bersatu dan kuat sebagai satu masyarakat dengan kepercayaan dan ikatan yang dibina selama ini menjadikan masyarakat itu berada dalam kedudukan baik.



Covid-19 memberi kesan serius kepada kesihatan dan ekonomi negara ini; serangan berganda yang tidak pernah dialami dalam sejarah Singapura sebelum ini.



Buat kali pertama, katanya, terdapat larangan solat di masjid dan Muslim menyambut dua hari raya secara senyap, tetapi mereka berjaya mengharunginya.



"Kita memberi respons terhadap sekatan dengan aman dan terus mengamalkan kepercayaan kita dengan keyakinan mendalam.



"Kita juga terus menjalin ikatan persefahaman dan kepercayaan kukuh dengan masyarakat agama lain dan membantu mengukuhkan keharmonian agama dan perpaduan sosial," ujarnya.



Beliau menambah, ada anggota masyarakat yang terjejas dari segi ekonomi akibat kehilangan pekerjaan atau potongan gaji, namun ramai menggunakan masa yang ada untuk menjalani latihan semula dan meningkatkan kemahiran sebagai persediaan bagi pekerjaan lebih baik dalam sektor yang meningkat.



Masyarakat Islam, kata Puan Halimah, juga telah mampu menyesuaikan diri dan tidak membiarkan Covid-19 mengalahkan mereka.



"Sedang negara ini memasuki tahap endemik dan menghadapi masa depan, akan ada cabaran baru tetapi saya pasti negara ini akan dapat menghadapi sebarang cabaran.



"Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin," kata Puan Halimah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >