Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Masyarakat juga perlu bantu lindungi mangsa seksual di rumah

Sep 15, 2021 | 05:30 AM



KEPUTUSAN Parlimen untuk meningkatkan hukuman penjara atas kesalahan seksual, termasuk memaksa budak bawah umur melihat gambar seksual, sangat tepat pada masanya dan amat diperlukan, kata Presiden Halimah Yacob.



Namun, beliau menegaskan bahawa masyarakat perlu menghulurkan sokongan menjangkaui undang-undang untuk melindungi gadis-gadis muda, terutama apabila pemangsaan seksual ini berlaku di dalam rumah.



Dalam catatan Facebooknya semalam, Puan Halimah menyifatkan rogol sebagai jenayah paling keji dan perbuatan memperkosa kanak-kanak kecil terutamanya adalah satu perbuatan yang sangat zalim kerana ia menghancurkan masa hadapan kanak-kanak ini.



"Saya rasa sangat mual setiap kali saya membaca tentang pedofil yang disabitkan bersalah memperkosa gadis muda, yang tidak mampu mempertahankan diri mereka sendiri, seringkali dalam persekitaran rumah mereka yang seharusnya menjadi tempat perlindungan yang selamat.



"Padah tidak terhingga yang ditanggung mangsa bukan sahaja dari segi fizikal malah juga psikologi dan mungkin menghantui mereka seumur hidup.



"Sedang pedofil yang didapati bersalah ini dapat hidup bebas setelah menjalani hukumannya, dan jika dia berusia 50 tahun dia bahkan tidak akan dirotan, anak kecil itu tidak dapat lari dari penderitaan dan penyeksaan yang berpanjangan," kata Puan Halimah.



Beliau turut menarik perhatian bahawa tahun ini sahaja terdapat tiga pesalah pedofil telahpun dijatuhkan hukuman.



Kes-kes tersebut melibatkan seorang bapa yang merogol anak perempuannya sejak dia berusia tujuh tahun; seorang datuk tiri yang memperkosa cucu tirinya sejak budak tersebut berusia sembilan tahun serta seorang pedofil yang merogol budak perempuan yang masih bersekolah berusia 15 tahun.



Bagaimanapun, ia menimbulkan tanda tanya sama ada kes-kes ini merupakan sebahagian kecil daripada masalah yang lebih besar, menurut Puan Halimah.



"Campur tangan undang-undang berlaku hanya apabila kes rogol dilaporkan...oleh itu, kita perlu menjangkaui undang-undang untuk melindungi gadis muda ini ," tambahnya.



Meskipun terdapat beberapa program yang dilaksanakan bagi menangani masalah ini, Puan Halimah berkata beliau tidak pasti akan keberkesanan program ini lebih-lebih lagi apabila pemangsaan seksual berlaku di rumah.



Dalam pada itu, Puan Halimah berkata antara pendekatan yang diambil pedofil untuk menjerat gadis kecil yang kekeliruan dan tidak tahu apa yang sedang terjadi kepada diri mereka, adalah dengan membuat mangsa mereka berasa takut dan malu selain mengugut serta menggunakan alasan hubungan kekeluargaan.



"Kanak-kanak perempuan perlu tahu bahawa ia selamat untuk mereka bercakap kepada seseorang tentang tingkah laku orang dewasa yang kurang disenangi mereka dan di mana untuk mendapatkan bantuan.



"Mereka juga perlu tahu apakah kelakuan atau tindakan yang melampaui batas, apa jua keadaan sekalipun.



"Mereka perlu diberitahu bahawa ia bukan sesuatu yang dilarang untuk mendapatkan bantuan dan mereka tidak akan dipersalahkan kerana mahu melindungi diri sendiri," tegas Puan Halimah yang turut melahirkan keprihatinannya tentang asuhan seksual dalam ruang digital.



Justeru beliau menggesa agar lebih banyak lagi boleh dilakukan untuk melindungi anak-anak ini daripada pesalah seksual.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >