Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SARANAN KERTAS PUTIH BERKAITAN SOKONGAN UNTUK WANITA

Presiden Halimah: Masyarakat juga perlu ubah nilai untuk beri peluang sama kepada wanita

Sep 20, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob mengalu-alukan peningkatan dalam perundangan yang diusulkan untuk memberikan lebih banyak peluang yang sama kepada wanita di tempat kerja dan melindungi kaum Hawa daripada keganasan.



Dua isu itu, di samping menyokong wanita dengan tanggungjawab penjagaan, disentuh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapannya di sesi penutup siri Perbincangan tentang Pembangunan Wanita Singapura yang diadakan dalam talian kelmarin.



Pandangan dan maklum balas mengenai isu-isu menjejas kaum wanita yang diutarakan semasa siri perbincangan yang dijalankan selama sekitar setahun itu akan dikaji dengan teliti dan saranan konkrit akan dibentangkan dalam Kertas Putih pada awal tahun depan, kata Encik Lee.



Menyentuh tentang tanggungjawab penjagaan, Puan Halimah dalam catatan Facebooknya semalam berkata perubahan dalam nilai-nilai dan pemikiran diperlukan sekiranya masyarakat mahu melihat perubahan berkesan dalam soal itu.



Secara tradisional, wanita biasanya memikul lebih banyak tanggungjawab penjagaan, termasuk membesarkan anak-anak dan menjaga anggota keluarga lanjut usia, kata Puan Halimah.



Namun, tanggungjawab itu adalah mencabar dalam dunia di mana wanita juga dijangka keluar bekerja, dan di mana mereka juga mempunyai hasrat memenuhi aspirasi kerjaya sendiri.



Tambah Puan Halimah, ramai wanita juga bekerja untuk menambahkan pendapatan keluarga mereka.



Untuk mengubah perkara ini, beliau berkata salah satu caranya adalah untuk bermula dengan mengajar tentang tanggungjawab domestik kepada anak-anak di rumah.



"Bahagikan kerja rumah dengan sama rata antara anak lelaki dengan anak perempuan kita, ajar anak lelaki kita apakah ertinya menjadi seorang penjaga kepada anggota keluarga mereka.



"Kemahiran ini akan membantu mereka di kemudian hari," kata beliau.



Puan Halimah turut menceritakan pengalamannya bertemu dengan ramai wanita yang berkongsi cabaran memikul tanggungjawab penjagaan bersama beliau.



"Saya teringat akan gaya tenang di mana mereka memikul tanggungjawab. Saya rasa rendah hati dengan cara mereka menjalani kehidupan mereka dengan belas kasihan agar individu yang mereka jaga boleh hidup dengan bermaruah.



"Saya berharap kita juga berkongsi belas kasihan yang sama terhadap mereka," kata beliau.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >