Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Masyarakat majmuk sumber kekuatan negara

Presiden tekankan keharmonian agama adalah satu perkara yang sentiasa diusahakan dan Singapura gigih pupuk toleransi dan persefahaman antara agama di Persidangan Dialog Tamadun Asia di Pusat Persidangan Kebangsaan China, Beijing
May 16, 2019 | 05:30 AM



MASYARAKAT berbilang kaum dan agama di Singapura ialah satu sumber kekuatan yang telah memberi manfaat di dalam dan luar negara, kata Presiden Halimah Yacob.



"Latar belakang dan pandangan anggota masyarakat yang berbeza memperdalam cara kita memahami dunia yang pesat berubah," ujar Puan Halimah.



"Di luar Singapura... persamaan budaya dan bahasa, serta ikatan kekeluargaan juga membantu warga Singapura berkawan dengan negara Asian lain, dan mewujudkan rasa persamaan kerana kita saling memahami antara satu sama lain," tambah beliau.



Namun, beliau menekankan bahawa Singapura menjalin hubungan dengan negara lain sebagai satu negara, dan bukan sebagai negara Cina, negara Melayu atau negara India.



Puan Halimah berkata demikian dalam ucapannya untuk membuka tirai Persidangan Dialog Tamadun Asia di Pusat Persidangan Kebangsaan China, Beijing, semalam.



Dalam ucapannya itu, Puan Halimah menekankan bahawa keharmonian agama adalah satu perkara yang sentiasa diusahakan dan Singapura berusaha gigih untuk memupuk persefahaman antara agama dan sikap toleransi.



"Kita mempunyai undang-undang ketat yang menentang penghinaan agama lain dan pencampuran agama dan politik.



"Setiap kumpulan perlu menghormati agama lain, mengamalkan sikap tolak ansur dan bersikap sensifif dan terkawal semasa berdakwah," ujar Puan Halimah, yang berkata kumpulan masyarakat dan pertubuhan akar umbi turut berperanan penting mendekati dan menyatukan orang berbilang kaum dan agama.



Kata Puan Halimah, warga Singapura yang beragama kini menjadi lebih taksub sejak beberapa tahun lalu.



"Adalah penting rakyat kita menjadi warga baik Singapura, selain menjadi penganut bagi agama Buddha, Tao, Kristian, Islam atau Hindu," kata Pan Halimah.



Agama, kata Puan Halimah, adalah faktor positif yang dianggap memperkukuh masyarakat, walau Singapura tetap negara sekular dan bersikap adil dalam urusannya dengan setiap agama.



"Agama yang berbeza berpegang kepada prinsip toleransi dan bertolak-ansur. Setiap kumpulan memelihara amalan budaya dan agama sendiri dan kita melarang sebarang kumpulan daripada memaksa pihak lain mematuhi amalan atau keperluan agamanya," kata Puan Halimah.



Dalam pada itu, Puan Halimah turut menekankan peri penting berdialog dan sikap empati bagi memupuk persefahaman dan kepercayaan antara satu sama lain, dan untuk membina jambatan demi mengatasi perbezaan antara kaum.



Keadaan di Singapura mungkin mencerminkan cabaran lebih besar di dunia, untuk menggalak orang dari pelbagai agama, latar belakang dan nilai hidup menjalankan hidup secara harmoni.



Singapura, kata Puan Halimah, adalah negara yang masih muda dan perlu mencari jalan sendiri untuk maju, seperti dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Masyarakat Bersepadu yang dijadual berlangsung bulan depan.



"Kami berharap dapat menggunakan peluang ini untuk berkongsi pengalaman dan belajar dari pihak lain," ujar Puan Halimah.



Puan Halimah berada di China atas undangan Presiden Xi Jinping.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >