Subuh
5:45
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:26
Maghrib
7:13
Isyak
8:24

Presiden Halimah: Matlamat kumpul lebih $11j bagi 52 badan memerlukan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

CABARAN PRESIDEN

Presiden Halimah: Matlamat kumpul lebih $11j bagi 52 badan memerlukan

Nov 25, 2017 | 05:30 AM

PRESIDEN Halimah Yacob berkata Cabaran Presiden menyasarkan lebih $11 juta tahun ini dan diharap dapat memberi manfaat kepada 52 pertubuhan dalam pelbagai sektor.

Beliau berharap Cabaran Presiden akan cuba memberi sokongan yang dapat disesuaikan bagi membantu golongan kurang upaya mengubah keadaan hidup mereka.

Dalam ucapan pada Malam Menghargai Cabaran Presiden di Istana kelmarin, Puan Halimah berkata beliau amat berbesar hati dapat meneruskan kerja baik yang dimulakan mantan Presiden mendiang S R Nathan dan Dr Tony Tan Keng Yam.

Cabaran Presiden dimulakan bagi mengumpulkan dana daripada masyarakat untuk membantu golongan kurang berupaya.

"Walaupun keperluan masyarakat telah berubah, falsafah di sebalik Cabaran Presiden tidak berubah. Ia kekal menjadi wadah melibatkan masyarakat secara aktif dalam memberi sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik,'' kata Puan Halimah.

Hasil sokongan padu penderma, beliau berkata Cabaran Presiden dijangka dapat mengumpulkan lebih $11 juta tahun ini.

Dana itu akan dimanfaatkan 52 pertubuhan dalam pelbagai sektor seperti khidmat kanak-kanak, keluarga, penjagaan kesihatan, penjagaan warga tua, pemulihan bagi bekas banduan, budaya, warisan dan kesenian yang akan mempunyai kesan positif jangka panjang.

Selain sumbangan kewangan, Cabaran Presiden juga menggalak warga setempat menyumbangkan masa dan kemahiran kepada mereka yang memerlukan.

Setiap tahun, bilangan relawan semakin bertambah dan tahun ini sahaja, jumlah relawan mencapai paras rekod melebihi 12,000.

Relawan berdasarkan kemahiran bagi menyokong Cabaran Presiden juga bertambah seganda sejak dua tahun lalu daripada 200 pada 2015 kepada 400 individu tahun ini.

Syarikat Procter & Gamble, misalnya, menganjurkan program relawan berdasarkan kemahiran bagi menggalak kakitangan mereka menyediakan rundingan pemasaran percuma kepada 14 pertubuhan yang menerima dana daripada Cabaran Presiden.

Individu seperti Cik Shirley Tan, seorang suri rumah, misalnya menyediakan khidmat gunting rambut percuma kepada penghuni di rumah penjagaan warga tua All Saints Home sejak lima tahun lalu.

Sedang sekitaran khidmat sosial berubah di Singapura, Cabaran Presiden juga perlu berubah mengikut keperluan.

"Harapan saya agar kita dapat menyediakan sokongan yang disesuaikan bagi memberi bantuan kepada golongan paling memerlukan mengubah keadaan mereka. Seperti pepatah lama, ia lebih baik memberikan seorang cara menangkap ikan daripada memberikannya ikan,'' tambah Presiden Halimah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3