Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Pekerja sosial perlu sesuaikan diri pada landskap berubah-ubah

Tiga pekerja sosial dapat anugerah iktiraf sumbangan cemerlang
Nov 19, 2022 | 05:30 AM



PEKERJA sosial akan perlu menyesuaikan diri pada landskap berubah-ubah di mana inovasi akan menjadi paling utama, kata Presiden Halimah Yacob.



Ini sedang negara berdepan cabaran di dalam dan luar negara, contohnya penduduk menua dengan pesat serta ketidaktentuan geopolitik.



Puan Halimah menekankan demikian di majlis penyampaian anugerah pekerja sosial cemerlang di Istana semalam.



Tiga penerima yang sumbangan mereka diiktiraf ialah Pekerja Sosial Perubatan Utama di Hospital Tan Tock Seng, Cik Karen Kwa; Pekerja Sosial Kanan di TOUCH Mental Wellness, Cik Peggy Lim, yang juga pengerusi bersama Masyarakat Amalan Kesihatan Mental Belia; dan Penolong Pekerja Sosial Kanan di Perkhidmatan Masyarakat Fei Yue, Cik Janet Liam.



Presiden Halimah berkata penerima anugerah tahun ini menunjukkan contoh bagaimana pekerja sosial memandang ke hadapan dan bersedia bagi masa depan dalam menyokong golongan memerlukan.



"Pada tahun-tahun mendatang, kita akan menghadapi ketidaktentuan geopolitik, tekanan inflasi, dan gangguan teknologi. Secara domestik, kita akan berdepan dengan penduduk menua dengan pesat serta mobiliti sosial semakin lembap.



"Pekerja sosial akan terus memainkan peranan penting dalam meningkatkan kedudukan individu dan keluarga memerlukan," ujar beliau.



Ini, kata Puan Halimah, ialah sebahagian daripada kompak sosial negara di mana pemerintah mewujudkan keadaan bagi pertumbuhan dan sekitaran yang memperkasa, sementara individu bekerja keras supaya berdikari, dan keluarga terus menjadi asas masyarakat serta barisan sokongan pertama.



Ia adalah demi memastikan "tidak ada orang ketinggalan".



Pekerja sosial adalah bahagian penting daripada masyarakat.



Melebihi menabur kebaikan, pekerja sosial juga perlu sistemik dan kritis dalam cara mereka berfikir, dan mengambil pendekatan kreatif, tambah Puan Halimah.



Beliau semalam turut meraikan seluruh tenaga kerja sektor sosial, dan memuji pekerja sosial yang memberi sokongan sewaktu tempoh sukar pandemik Covid-19.



Pandemik tersebut, katanya, telah membawa kerumitan dalam pekerjaan pekerja sosial bersama klien dan keluarga.



"Kehidupan dan mata pencarian terjejas. Ketidaktentuan dan tekanan yang meningkat memburukkan lagi cabaran kesihatan mental.



"Penjaga perlu menangani tekanan tambahan dalam menjaga orang tersayang mereka. Secara keseluruhan, ramai individu dan keluarga amat terjejas, terutamanya mereka yang memerlukan," kata beliau.



Namun, pekerja sosial bersikap lincah, dapat menyesuaikan diri dan inovatif dalam mengatasi cabaran lalu menyediakan campur tangan yang datang tepat pada waktunya bagi golongan memerlukan, kata Puan Halimah.



Menurutnya, kekuatan terbesar sektor sosial ialah orang-orangnya.



"Terus belajar dan bekerjasama dengan satu sama lain agar dapat mencipta bersama cara bekerja baru dan untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan sosial.



"Saya menggalakkan anda agar menguji huraian dan idea baru dengan memanfaatkan pembiayaan yang tersedia, seperti Amanah Keupayaan Masyarakat dan Dana Kerjasama 4ST akan datang, bagi memperkukuh pertubuhan anda dan meluaskan kesan anda.



"Walaupun akan ada lebih banyak cabaran pada masa hadapan, dengan dedikasi dan ketabahan anda, saya yakin kita boleh muncul sebagai sebuah masyarakat yang lebih berdaya tahan dan inklusif," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >