Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Presiden Halimah: Penerimaan usul bantu OKU lebih berdikari

Apr 16, 2021 | 05:30 AM



KEPUTUSAN pemerintah menerima saranan oleh dua kumpulan kerja mengenai isu menjejas golongan kurang upaya berkaitan dengan sokongan pekerjaan dan kehidupan berdikari, adalah langkah penting dalam usaha Singapura memperkasakan golongan itu dan membina masyarakat inklusif.



Saranan diketengahkan oleh kededua kumpulan kerja adalah menyeluruh dan wajar diberi tumpuan, kata Presiden Halimah Yacob.



Baru-baru ini, pemerintah mengumumkan penubuhan pusat sehenti, Enabling Business Hubs (EBH) yang bakal dilengkapi dengan kemudahan untuk kurang upaya termasuk sokongan jurulatih kerja serta dua kumpulan perkongsian masyarakat.



Ini adalah antara 21 saranan dibuat oleh dua kumpulan kerja, Kumpulan Kerja bagi Menyokong Pekerjaan Golongan Kurang Upaya dan Kumpulan Kerja bagi Menggalak Golongan Kurang Upaya Hidup Berdikari.



Menjelaskan lebih lanjut, Puan Halimah berkata dalam satu pos Facebook semalam:



"Saya telah menerima maklum balas serupa daripada pertubuhan, agensi khidmat dan golongan kurang upaya semasa lawatan kemasyarakatan saya.



"Saya gembira yang pemerintah sedang meneliti keprihatinan mereka."



Beliau turut menggesa syarikat dan pertubuhan untuk menyertai usaha dalam menggalak masyarakat yang inklusif.



Beberapa syarikat yang sudah memeterai Ikrar Pemerkasaan Pekerjaan Cabaran Presiden, sudah meraih manfaat daripada pengambilan pekerja yang inklusif dan boleh memohon untuk Mercu Pemerkasaan, yang mengesahkan mereka sebagai majikan inklusif.



"Matlamat kita membina #inclusiveSingapore (Singapura yang inklusif) tidak boleh bergantung kepada pemerintah sahaja.



"Ia akan memerlukan seluruh sistem eko pemerintah, syarikat, pertubuhan, sekolah dan agensi khidmat sosial untuk bekerja sama bagi melangkah ke depan.



"Baru-baru ini, kita telah mengambil langkah yang menggalakkan, yang saya harap akan membawa kepada langkah lebih besar pada masa terdekat.



"Marilah kita terus memainkan peranan dalam usaha menyertakan golongan kurang upaya dalam masyarakat kita yang inklusif," gesa Puan Halimah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >