Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Peranan wanita bangun pemulihan ekonomi inklusif

Nov 20, 2020 | 05:30 AM



WANITA boleh memainkan peranan penting dalam membangunkan pemulihan yang berdaya tahan, mampan dan inklusif dalam dunia pasca Covid-19.



Presiden Halimah Yacob berkata demikian dalam satu mesyuarat global forum wanita yang diadakan dalam talian semalam.



Dalam ucapannya, Presiden Halimah menggariskan tiga aspek di mana Singapura akan memberi tumpuan terhadap pemulihan ekonomi dan peranan kritikal yang dimainkan wanita dalam perjalanan ini.



Menurutnya, sedang Singapura merancang mempercepat transformasi ekonomi menerusi laluan Industri 4.0, adalah penting untuk terus memperkukuh penglibatan wanita dalam kepimpinan selain melaksanakan strategi sedemikian.



"Kita perlu menjauhkan diri daripada pemikiran tradisional di mana wanita tidak gemar terhadap subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di sekolah dan tidak melaksanakan yang baik dalam pekerjaan berkaitan sedemikian.



"Kita perlu memastikan wanita boleh meraih manfaat daripada peluang dan bahan teknologi yang sama," ujarnya.



Kedua, kata Puan Halimah, negara sedang membantu mereka yang bekerja dalam industri yang merosot beralih ke industri lain dengan mempertingkat serta mendakap kemahiran baru misalnya menerusi Program TechSkills Accelerator.



Menurutnya, dengan menggalak pekerja mempertingkat kemahiran dan memperbaharui kemahiran, ia menyetarakan peluang antara lelaki dan wanita.



Selain itu, kerjasama dan kepelbagaian perlu diperkukuh dan ini termasuk kerjasama antara sektor awam dan swasta.



"Kita perlu terus mendakapi kepelbagaian kepimpinan wanita dan mengetengahkan suara wanita dan perspektif," ujarnya.



Di Asia-Pasifik, wanita menghabiskan empat hingga 11 kali lebih banyak masa terhadap kerja rumah daripada yang dilakukan lelaki setiap hari.



Menurut, Wanita Asia dan Pasifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerja sedemikian bernilai sekurang-kurangnya AS$10.8 juta trilion (S$14.52 juta trilion) setahun bagi ekonomi global.



Oleh itu usaha memperkasa kesaksamaan jantina di Asia Pasifik, kata Puan Halimah, bermakna potensi menambah AS$4.5 trilion atau 12 peratus daripada GDP kolektif tahunan.



Ini juga bermakna, ia boleh membawa tambahan S$26 bilion kepada GDP tahunan Singapura sepanjang 10 tahun akan datang.



"Menggalak usaha memperkasa wanita justeru bukan sahaja satu usaha keadilan, tetapi sesuatu yang juga memberi makna dalam bentuk ekonomi," ujarnya.



Beliau turut menambah bahawa usaha terhadap kepelbagaian dan menggalak kepimpinan wanita dalam pertubuhan dan masyarakat secara meluas merupakan sesuatu yang sedang berterusan.



"Saya harap Forum ini akan menjana idea-idea yang baik untuk memperkasa wanita dalam masyarakat dan ekonomi, selain membina masa depan yang lebih inklusif dan berdaya tahan," kata beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >