Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Perlu tindakan susulan nilai kemajuan Kertas Putih pembangunan wanita

Apr 07, 2022 | 05:34 AM



MELEBIHI dasar dan program yang dirancang bagi mencapai kesaksamaan jantina di Singapura, negara ini juga perlu memastikan terdapat tindakan susulan berkesan serta laporan yang menilai kemajuan usaha itu.



Ini dinyatakan Presiden Halimah Yacob semalam, sehari selepas Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura dibahaskan dan disokong sebulat suara oleh Anggota Parlimen (AP).



Presiden Halimah akur negara ini telah melangkah jauh sejak merdeka dalam usaha menaikkan martabat wanita, tetapi kesaksamaan jantina adalah satu usaha berterusan.



"Tiada masyarakat boleh mendakwa mereka telah mencapai ini sepenuhnya. Melebihi dasar dan program untuk mencapai matlamat Kertas Putih itu, kita menangani norma sosial dan sikap berat sebelah yang sudah berakar umbi," kata beliau.



Jika Singapura dapat mengubah norma dan sikap berat sebelah ini - yang akan mengambil masa - barulah ia boleh mencapai kesaksamaan sebenar, ujar Puan Halimah.



Negara ini juga harus bergerak maju menerusi matlamat yang boleh dikenal pasti, sama ada dalam kerja fleksibel, sokongan penjaga lebih baik atau bidang lain, kata beliau.



Sedang lelaki juga memainkan peranan dalam mengubah minda dan prasangka yang telah berakar umbi, Puan Halimah berkata wanita juga mesti mengkaji kecenderungan mereka sendiri.



"Saya mendengar tentang hubungan putus kerana ibu teman lelaki menegaskan bahawa wanita itu mesti berhenti bekerja sebaik sahaja mereka berkahwin, tetapi wanita itu menolaknya.



"Kita fikir ini tidak masuk akal tetapi ia masih berlaku," ujarnya.



"Sebagai wanita, kita juga boleh memainkan peranan kita untuk mewujudkan persekitaran yang menyokong kesaksamaan jantina di rumah dan di tempat kerja."



Puan Halimah mengalu-alukan tindakan mengenakan hukuman yang dipertingkat bagi pesalah seks berulang yang dimasukkan dalam Kertas Putih itu.



Beliau juga berkata Singapura turut memerlukan langkah bagi mencegah pedofil mendapat akses kepada kanak-kanak yang mudah terjejas kerana pengendali komersial yang menyediakan perkhidmatan selain penjagaan kanak-kanak tidak perlu dilesenkan.



Beliau berkata Kertas Putih itu wadah berguna untuk mengadakan perbualan lebih mendalam serta rancangan tindakan tentang cara mencapai kesaksamaan jantina lebih baik.



"Ia telah membantu meningkatkan kesedaran dan memberi tumpuan pada beberapa cabaran dan halangan yang terus dihadapi oleh wanita.



"Tetapi ia memerlukan komitmen dan sokongan semua orang - secara kolektif dan individu - bagi mencapai kemajuan. Pemerintah sahaja tidak boleh melakukannya," katanya.



Perbahasan kelmarin menyaksikan para AP berucap tentang usaha menggalak pengaturan kerja fleksibel, meningkatkan sokongan untuk ibu bapa dan penjaga, serta mengubah minda - tiga tunggak utama Kertas Putih - antara lain.



Ada menggesa agar inisiatif mengukuhkan pengaturan kerja fleksibel sebagai norma tempat kerja dipercepat, manakala yang lain mengiktiraf beban tidak seimbang yang ditanggung oleh penjaga wanita dan mencadangkan cuti penjagaan keluarga mandatori atau lebih banyak cuti ibu bapa bersama.



Mereka juga menggesa lebih banyak perlindungan diberi kepada wanita yang menghadapi pelbagai jenis bahaya - seperti dalam talian, fizikal atau seksual.




"Ia (Kertas Putih) telah membantu meningkatkan kesedaran dan memberi tumpuan pada beberapa cabaran dan halangan yang terus dihadapi oleh wanita. Tetapi ia memerlukan komitmen dan sokongan semua orang - secara kolektif dan individu - bagi mencapai kemajuan. Pemerintah sahaja tidak boleh melakukannya."
- Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >