Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah persetujui undang-undang izin pemerintah buat pinjaman bagi prasarana utama

Jun 07, 2021 | 08:47 PM



PRESIDEN Halimah Yacob telah memberi kebenaran bagi membolehkan pemerintah meminjam bagi keperluan prasarana utama buat tempoh jangka panjang, kali pertama pinjaman sebegitu diizinkan sejak rangka kerja melindungi rizab Singapura dilaksanakan pada 1991.



Sebagai penjaga simpanan negara yang sudah, semua usulan tentang pinjaman harus diteliti Presiden Halimah dengan pemerintah boleh menambah jumlah pinjaman hanya setelah beliau memberi keizinan. 



"Ini adalah pendekatan berhemat dan sudah difikirkan secara teliti. Meminjam menyebabkan generasi mendatang perlu memanfaatkan sebaiknya apa yang generasi kini sudah berikan sebagai satu komitmen, jika gagal, akan membawa beban secara semula jadi kepada rizab terdahulu kita," jelas Puan Halimah selepas memberi kebenaran kepada Rang Undang-Undang bagi Akta  Pinjaman Pemerintah Bagi Prasarana Penting (Singa) pada Isnin (7 Jun).



Di bawah undang-undang baru yang diluluskan Parlimen pada Mei, pemerintah boleh meminjam hingga $90 bilion untuk melangsaikan biaya prasarana yang akan beroperasi bagi sekurang-kurangnya 50 tahun. 



Jumlah ambang bunga tahunan pinjaman sebegini tidak boleh melebihi $5 bilion dengan setiap projek dibiaya di bawah undang-undang mestilah agak besar dan bernilai sekurang-kurangnya $4 bilion.



Menyifatkan Singa sebagai "perantaran penting" di bawah rangka kerja perlindungan rizab, Puan Halimah berkata undang-undang akan membolehkan pemerintah mengagihkan tanggungjawab fiskal secara lebih saksama merentasi generasi yang akan meraih manfaat daripada projek ini.



Menjelaskan keputusannya memberi kebenaran, Puan Halimah berkata pemerintah telah memberinya dan Majlis Penasihat Presiden taklimat mengenai usulan itu serta memberi jaminan terdapat langkah perlindungan bagi memastikan generasi mendatang warga Singapura tidak akan dibebani dengan kos pembiayaan yang terlampau berat.



Beliau juga menambah ini penting kerana ia membantu mengurangkan risiko pengeluaran rizab terdahulu Singapura kerana pinjaman sebegitu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >