Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAWATAN PERDANA MENTERI NEW ZEALAND, CIK JACINDA ARDERN, KE SINGAPURA

Presiden Halimah, PM Ardern tegaskan jalinan kukuh dua negara

Apr 20, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob dan Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, mengesahkan hubungan pelbagai peringkat dan kukuh antara Singapura dan New Zealand.



Kedua-dua pemimpin itu juga menarik perhatian mengenai kerjasama kuat dalam menghadapi pandemik Covid-19 antara dua pihakm yang menunjukkan dua negara ini rakan kongsi rapat yang boleh diharapkan satu sama lain pada masa memerlukan.



"Mereka mengadakan perbualan menarik mengenai sumbangan dan kemajuan wanita di kedua-dua negara.



"Mereka juga membincangkan kepentingan mengekalkan perpaduan sosial, terutamanya dalam masyarakat pelbagai budaya seperti Singapura dan New Zealand," ujar satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) sejurus selepas pertemuan dua pemimpin itu di Istana semalam.



Sementara itu, dalam catatannya di Facebook semalam, Puan Halimah berkata beliau gembira dapat bertemu Cik Arden selepas kali terakhir bertemu pemimpin New Zealand itu pada 2019.



Puan Halimah berkata semasa pertemuan di Istana semalam, beliau dan Cik Ardern mengadakan perbincangan meluas, daripada isu pelbagai budaya hingga isu wanita.



"Perdana Menteri Ardern dan saya mengesahkan hubungan rapat dan terjalin lama antara Singapura dan New Zealand.



"Kami membincangkan bagaimana Covid-19 telah memberi kesan kepada kehidupan rakyat kami, dan bagaimana kami menguruskan pandemik ini di negara masing-masing," tulis beliau.



Selain itu, Puan Halimah dan Cik Ardern mengadakan perbualan menarik mengenai sumbangan dan kemajuan wanita di negara masing-masing, termasuk perwakilan wanita dalam jawatan kepimpinan.



"Kami juga membincangkan isu seperti cara menyediakan lebih banyak sokongan kepada mangsa keganasan keluarga dan untuk penjaga.



"Saya turut berkongsi bersama Perdana Menteri Ardern tentang Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura yang baru-baru ini dibentangkan," kata Puan Halimah.



Kertas Putih itu dibentang pemerintah lewat bulan lalu dan antara lain ia memberi tumpuan pada pembangunan wanita dalam usaha meningkatkan kesaksamaan antara lelaki dengan wanita di tempat kerja, melindungi mereka dari keganasan dan membantu mereka yang memikul tanggungjawab penjagaan.



Perkara itu antara lima bidang tumpuan dalam rancangan tindakan 10 tahun yang disertakan dalam Kertas Putih tersebut.



Cik Ardern berada di Singapura bagi lawatan rasmi selama tiga hari bermula kelmarin dan dijadual berlepas dari Singapura ke Jepun hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >